Peluru berpandu serang rejim Israel dilancar dari Lubnan

May 14, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu dilancarkan dari selatan Lubnan ke arah wilayah Palestin yang diduduki secara haram oleh rejim Zionis Israel, awal pagi ini waktu Malaysia.

Pegawal keselamatan Lubnan – negara yang menampung 12 kem pelarian Palestin – berkata serangan dari Lubnan itu sekali gus membuka rantaian baharu pertempuran antara pejuang Palestin dan rejim Israel.

Bagaimanapun, tidak pasti siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan. Beberapa kumpulan berpangkalan di Lubnan, termasuk Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan kumpulan militan Syiah Hezbollah, selain gerakan pejuang yang sederhana.

Roket dikatakan dilancar dari Qalayleh di utara Naqoura dekat sempadan Lubnan-Israel. Selatan Lubnan adalah pangkalan utama Hamas dan Hezbollah.

Beirut dan Tel Aviv sejak beberapa tahun lalu terbabit dalam pertelingkahan, malah rejim Israel pernah menyerang Lubnan pada 1975 hingga 1990 untuk mematahkan pejuang Palestin yang melakukan serangan rentas sempadan.

Stesen televisyen Israel Channel 13 melaporkan tiga roket itu menggegarkan barat Galilee.

Media Lubnan memetik sumber keselamatan yang mengatakan siasatan awal mendapati roket itu ditembak oleh sayap tentera Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam) yang berpangkalan di Lubnan. – Agensi

Kementerian Kesihatan Gaza berkata jumlah kematian rakyat Palestin kini mencecah 103 orang, termasuk 27 kanak-kanak dan11 wanita, sementara 580 lagi cedera sejak serangan rejim Israel Isnin lalu. – Agensi

Pasukan penyeamat menemukan mayat seorang remaja Palestin yang tertimbus selepas kediamannya runtuh di utara Semenanjung Gaza akibat dibom rejim Zionis, semalam.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok