Pelitup muka termahal, RM6.23 juta

Pandemik Covid-19 bukan sahaja menyebabkan ekonomi negara di seluruh dunia berada dalam tekanan dan kemelesetan, namun ianya juga memberi ilham kepada pereka barang kemas untuk memperkenalkan hasil ciptaan masing-masing yang unik.

Memperoleh ilham daripada keperluan orang ramai di seluruh dunia untuk memakai pelitup muka, sebuah syarikat barangan kemas mewah jenama terkemuka, Yvel, menampilkan keunikan pelitup muka termahal di dunia.

“Saya bangga mempersembahkan pelitup muka Covid-19 yang paling mahal di dunia.

“N-99, diperbuat daripada 3,608 butir berlian dan mengambil masa hampir sembilan bulan untuk disusun,” kata Presiden Yvel, Isaac D Levy pada satu pameran barang kemas di Riyadh, Arab Saudi.

Pelitup muka itu yang telah dijual pada harga AS$1.5 juta (RM6.23 juta) dipinjamkan kepada Jewelry Salon, sebagai bahan pameran.

Jewelry Salon yang dibuka di Riyadh pada 2010 lalu menjadi hab kepada pereka wanita tempatan untuk mempamerkan hasil kerja tangan dan menaikkan jenama mereka.

Sejak itu, Jewelry Salon juga telah berkembang menjadi pameran serantau dan pusat tumpuan untuk peminat barang kemas, pelabur, dan perniagaan tempatan dan antarabangsa yang berprestij.

Menawarkan paparan barang kemas terbesar di Timur Tengah, Jewelry Salon turut mengambil bahagian dalam pameran barang kemas Riyadh dan pada masa ini menawarkan pelbagai koleksi reka bentuk unik dan barangan terhad dari lebih 16 negara.

Salah satu daripada koleksi ialah keluaran Boghossian, sebuah syarikat barang kemas Switzerland yang bermula di Mardin pada tahun 1868 dan telah menurunkan rahsia pertukangan dan keseniannya yang unik selama enam generasi.

Hasil rekaan syarikat itu mencapai rekod tertinggi dalam lelongan antarabangsa, suatu karya unik yang telah dipatenkan dan tidak boleh ditiru.

Boghossian mencipta, teknik Merveilles yang rumit yang membolehkan berlian kelihatan seperti terapung.

Boghossian mencipta, teknik Merveilles yang rumit yang membolehkan lebih banyak cahaya menerangi berlian dengan mengurangkan jumlah logam yang digunakan untuk menyokong permata itu.

“Merveilles adalah sesuatu yang tidak pernah dicipta sebelum ini, dan kerana terdapat sedikit logam yang terlibat, terdapat kecerahan di sekelilingnya berlian itu,” kata Pengarah Pemasaran Perniagaan syarikat itu, Dalia Boghossian.

Menurutnya Boghossian mengambil masa empat tahun melakukan penyelidikan dan pembangunan bagi menyempurnakan teknik Merveilles, yang menjadikan berlian kelihatan terapung.

“Kami sebenarnya mempunyai hak paten untuk Merveilles. Jadi tiada orang lain yang menciptanya seperti yang kami lakukan. Ia sangat istimewa kerana berlian itu memegang satu sama lain, dan bukannya menggunakan serampang logam,” katanya. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR