Pelarian Afghanistan lahir bayi dalam pesawat pengangkut tentera Amerika

August 22, 2021 · Dunia

Tidak sempat dihantar ke hospital, seorang pelarian Afghanistan melahirkan bayi perempuan dalam pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) di Pangkalan Udara Ramstein di Jerman, semalam.

Memuat naik kejadian itu di laman Twitter, Pemerintah Pergerakan Udara AS berkata wanita berkenaan menaiki pesawat pengangkut C-17 dalam usaha USAF membawa keluar individu yang melarikan diri dari Afghanistan.

USAF berkata wanita berkenaan mula mengalami kompilasi ketika pesawat berada pada ketinggian melebihi 28,000 kaki, susulan penurunan tekanan oksigen di dalam C-17.

“Komander pesawat membuat keputusan untuk turun ke paras lebih rendah untuk meningkatkan semula paras oksigen di dalam C-17, yang dapat membantu menstabilkan ibu dan bayi berkenaan,” kata USAF.

Sebaik mendarat, pasukan perubatan USAF membantu wanita terbabit melahirkan bayi perempuannya di ruang kargo pesawat berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pangkalan Udara Ramstein di Jerman menjadi pusat transit kepada ratusan pelarian Afghanistan yang melarikan diri setelah negara itu ditawan Taliban dua hari lalu.

Pegawai Tertinggi Pentagon, Jeneral Hank Taylor berkata pesawat pengangkut C-17 berpangkalan di Qatar membawa pelarian keluar dari Kabul setelah penerbangan awam yang lain menghentikan perkhidmatan mereka.

Pangkalan Udara Ramstein mampu menampung sehingga 5,000 orang tetapi beberapa kemudahan lain sedang dinaik taraf bagi menempatkan sehingga 7,500 pelarian.

Melalui perjanjian yang telah dipersetujui oleh AS dan Jerman, mereka yang dipindahkan tidak boleh tinggal di pangkalan tersebut lebih daripada 10 hari. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok