Pelancong lengkap vaksin boleh masuk Thailand mulai 1 Nov

October 12, 2021 · Dunia

Bermula 1 November depan, Thailand merancang untuk menarik semula peraturan kuarantin bagi pelancong divaksin lengkap Covid-19 dari 10 negara berisiko rendah.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-Cha mengesahkan perkara tersebut dan walaupun masih bimbang dengan beberapa risiko, inisiatif itu dilihat sebagai strategi utama untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan di negaranya yang hampir lumpuh.

Antara 10 buah negara yang disenaraikan berisiko rendah adalah United Kingdom (UK), China, Jerman dan Amerika Syarikat (AS).

“Pelancong yang sampai perlu menunjukkan keputusan ujian saringan Covid-19 negatif dan wajib melakukan ujian saringan sekali lagi setibanya di negara itu.

“Sekiranya ujian kedua juga disahkan negatif, barulah pelancong dari negara tersenarai berkenaan boleh melakukan perjalanan secara bebas ke seluruh Thailand,” katanya dalam ucapan di televisyen.

Namun begitu, Prayuth memberitahu pihak kerajaan akan bertindak tegas sekiranya terdapat kenaikan kes jangkitan Covid-19 atau kemunculan varian baharu yang mudah menular.

Tambahnya, pihak berkuasa juga bercadang untuk membuka pintu sempadannya kepada lebih banyak negara lain pada tarikh yang ditetapkan.

Manakala, bermula 1 Disember depan, Thailand akan membenarkan pembukaan semula tempat hiburan.

Sejak Julai lalu, Thailand merekodkan lebih 10,000 kes jangkitan Covid-19 setiap hari.

Selain itu, hampir 30 peratus daripada 70 juta penduduk Thailand sudah divaksin lengkap dua dos dan separuh dari populasinya pula hanya menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Hari ini, Thailand mencatatkan 9,445 kes baharu dan 84 kematian akibat Covid-19, dengan menjadikan angka kes di negara itu mencecah hampir 1.7 juta dengan 17,835 kematian direkodkan.

Sehingga hari ini, Thailand menduduki tempat ke-24 dalam senarai kes global jangkitan Covid-19, dimana Amerika Syarikat masih merekodkan kes tertinggi dengan 45.31 juta kes, diiukti India (33.98 juta kes), Brazil (21.58 juta kes), United Kingdom (8.19 juta kes) dan Rusia (7.8 juta kes).

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
18 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
10 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
14 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
18 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
18 jam lalu · Dunia
Kebakaran hutan di barat laut Sepanyol musnahkan lebih 4,000 hektar kawasan
August 8, 2022 · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok