Pelancong 19 negara dibenar masuk Indonesia, tempoh kuarantin 5 hari

Kerajaan Indonesia menguatkuasakan peraturan baharu kepada pengembara antarabangsa yang tiba di negara itu mulai semalam, termasuk mengurangkan tempoh kuarantin lima hari.

Jurucakap Pasukan Petugas Civid-19, Wiku Adisasmito berkata pemerintah republik itu juga memberi kebenaran kepada rakyat 19 negara untuk memasuki Indonesia.

Negara terbabit ialah Bahrain, China, Perancis, Hungary, India, Itali, Jepun, Kuwait, Liechtenstein, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Qatar, Arab Saudi, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, dan Emiriah Arab Bersatu.

Menurutnya, pemerintah Indonesia bersetuju mengurangkan tempoh kuarantin kepada pengembara dari negara berkenaan daripada lapan hari kepada lima hari, susulan situasi Covid-19 di Indonesia bertambah baik.

Di bawah peraturan itu, pengembara antarabangsa perlu menjalani dua ujian PCR, yang pertama ketika tiba dan kali kedua adalah pada hari keempat kuarantin untuk memastikan sama ada mereka boleh keluar dari kuarantin atau tidak, katanya.

Adisasmito berkata pelancong antarabangsa akan dipusatkan di dua lokasi iaitu lapangan terbang Bali dan Kepulauan Riau.

Pelancong asing dikehendaki menunjukkan visa lawatan terhad, perlindungan insurans bagi Covid-19, dan tempahan hotel serta bukti pembayaran kepada pegawai ketika mereka tiba di Indonesia, tambahnya.

Untuk meningkatkan pemulihan ekonomi negara, visa pengunjung akan diberikan status pelancong, pembuat film komersial, dan pelajar yang mendaftar di institusi pendidikan Indonesia.

Katanya, keputusan untuk mengurangi tempoh kuarantin dan memperluas kriteria kemasukan pengembara asing ke Indonesia bertujuan meningkatkan pemulihan ekonomi nasional seiring dengan langkah-langkah pengendalian pandemik. Keputusan dibuat berdasarkan input daripada pakar dan pemain sektor berkaitan,” katanya. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR