Pelajar tembak mati tiga rakan sekolah, lapan lagi cedera

December 1, 2021 · Dunia

Seorang pelajar berusia 15 tahun menembak mati tiga rakan sekolahnya dan mencederakan lapan yang lain, menggunakan pistol separa automatik di sebuah sekolah tinggi di Michigan, Amerika Syarikat (AS), pada Rabu.

Salah seorang yang cedera ialah guru manakala selebihnya pelajar Sekolah Tinggi Oxford, kira-kira 65 kilometer dari Detroit, kata pejabat Sherif Daerah Oakland.

Motif penembak tidak diketahui, kata pegawai sambil menjelaskan suspek ditangkap lima minit setelah sherif tiba di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, dan dua gadis masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, kata Sherif Michael McCabe kepada pemberita di tempat kejadian.

Dua daripada yang cedera menjalani pembedahan dan enam lagi dalam keadaan stabil, kata McCabe.

Suspek, pelajar tahun kedua di sekolah itu, dipercayai bertindak bersendirian dan ditahan tanpa tentangan setelah melepaskan 15 hingga 20 das tembakan, katanya.

Katanya, suspek tidak mendedahkan apa-apa kepada polis dan menuntut haknya kepada peguam apabila dinasihatkan supaya tidak bercakap oleh ibu bapanya.

Kejadian itu adalah yang terbaru dalam siri kejadian tembakan di sekolah AS, berkemungkinan akan mencetuskan perdebatan berhubung kawalan senjata api dan penjagaan kesihatan mental. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Lelaki miliki 12 rekod jenayah ditembak mati
August 31, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok