Pelabur saman Goldman berhubung skandal bon 1MDB

May 10, 2022 · Dunia

Pelabur Goldman Sachs Group Inc yang menyaman bank berkenaan berhubung skandal 1MDB memohon keterangan bersumpah daripada tiga bekas pekerja bank berkenaan yang tinggal di United Kingdom (UK).

Peguam bagi pemegang saham memberitahu hakim Manhattan, Amerika Syarikat (AS) ketika memfailkan saman itu pada Isnin berkata keterangan Patrick Kidney, Toby Watson dan Cyrus Shey adalah penting kepada dakwaan utama tuntutan mahkamah bahawa Goldman Sachs mengelirukan pelabur berhubung pembabitannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Kidney, Watson dan Shey didakwa sangat mengetahui berhubung urusan bank itu dengan Jho Low dan tiga urus niaga bon di tengah-tengah skandal rasuah berjumlah AS$6.5 bilion di mana yuran dikenakan Goldman Sachs sebanyak AS$600 juta, menurut pemfailan.

Menyoal tiga lelaki itu “akan mendedahkan maklumat mengenai isu yang timbul semasa proses kelulusan bon dan amalan serta prosedur penilaian yang digunakan” oleh jawatankuasa tempat mereka berkhidmat, menurut saman itu.

Kidney yang merupakan ahli pasukan antipengubahan wang haram bank itu di London, memberi keterangan mengenai tanda-tanda amaran tentang latar belakang Jho Low dalam kes bekas jurubank Goldman Sachs yang dibicarakan berhubung skandal 1MDB, Roger Ng.

April lalu, Juri Mahkamah Persekutuan Brooklyn, New York mendapati Ng bersalah terhadap tuduhan rasuah dan pertuduhan lain berkaitan penyelewengan dana pelaburan 1MDB.

Dia berdepan hukuman penjara selama 30 tahun tetapi tempohnya mungkin lebih singkat. Ng tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keputusan juri membacakan, namun peguamnnya, Marc Agnifilo menundukkan kepalanya, lapor Bloomberg.

Ng bagaimanapun kekal bebas dengan bon jaminan AS$20 juta, sementara Hakim Daerah AS Margo Brodie tidak menetapkan tarikh hukuman dilaksanakan.

Pada 2020, Goldman mengakui telah berkomplot untuk melanggar undang-undang antirasuah AS, pengakuan bersalah pertama bagi firma itu, yang diasaskan pada 1869.

Bank itu membayar lebih daripada AS$2.9 bilion, penalti terbesar seumpamanya dalam sejarah AS, dan lebih daripada AS$5 bilion di seluruh dunia untuk peranannya dalam skim itu. – Agensi

Berita berkaitan
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
June 7, 2023· Isu semasa
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
June 4, 2023· Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023· Isu semasa
Popular
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Mahkamah Indonesia tolak permohonan halalkan ganja perubatan
July 20, 2022
Suri rumah mengaku zina kena 100 sebatan, pasangan hanya 15 kali
January 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok