Pekerja McDonald hidang kentang goreng sejuk parah kena tembak

August 4, 2022 · Dunia

Seorang lelaki di New York dituduh atas tuduhan cubaan membunuh setelah didakwa menembak seorang pekerja McDonald kerana menghidangkan kentang goreng sejuk kepada ibunya, kata polis dan laporan media.

Dalam kejadian tembakan terbaharu di Amerika Syarikat (AS), Michael Morgan, 20, menembak pekerja McDonald’s berusia 23 tahun di Brooklyn pada petang Isnin (1 Ogos), menurut polis dan New York Post.

Mangsa dirawat di hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Insiden itu bermula susulan pertengkaran antara seorang wanita berusia 40 tahun dan mangsa, yang didakwanya memberinya kentang goreng sejuk, menurut laporan New York Post.

Wanita itu membuat panggilan video kepada anaknya Morgan, yang menyerbu premis makanan segera dan bertengkar dengan pekerja berkenaan sebelum mereka berdua keluar.

Morgan kemudian menembak pekerja itu, menurut sumber polis yang dipetik oleh Post.

Tertuduh telah ditahan beberapa kali atas pelbagai jenayah, kata akhbar tabloid itu.

Morgan juga didakwa dengan tuduhan memiliki senjata api yang sarat dengan peluru, kata jurucakap Jabatan Polis New York kepada AFP.

Jumlah mangsa tembakan di New York turun hampir sembilan peratus berbanding tahun lalu, dengan catatan 988 mangsa daripada 1,051, menurut statistik mingguan dari Jabatan Polis New York.

Terdapat hampir 120 senjata api untuk setiap 100 orang di AS, menurut kumpulan Small Arms Survey.

Lebih 45,000 orang terbunuh pada 2020 disebabkan senjata api, separuh daripada mereka membunuh diri, menurut Arkib Keganasan Senjata. – Agensi

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok