Pejuang Taliban berpakaian ala tentera Amerika kawal Kabul

September 1, 2021 · Dunia

Sekali pandang rakaman jurugambar AP, Khwaja Tawfiq Sediqi, kelihatan seperti satu pasukan lengkap berpakaian tentera asing, termasuk berkaca mata seperti askar Amerika Syarikat (AS), sedang melakukan rondaan di sekitar Kabul, Afghanistan.

Tetapi sebaliknya, rakaman itu adalah gambar anggota unit khas pejuang Taliban yang tiba untuk mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, setelah kumpulan terakhir tentera AS meninggalkan negara itu, semalam.

Tidak lagi berpakaian Pashtun – pakaian suku kaum di Afghanistan – ketika berjuang menentang tentera asing dan pasukan keselamatan kerajaan Ashraf Ghani, kini kebanyakan anggota Taliban berpakaian celoreng, dan menggunakan senjata api canggih yang kebanyakannya ditinggalkan oleh askar AS.

Pasukan khas Taliban itu kini mengawal lapangan terbang berkenaan sambil pegawai atasan mereka memeriksa pelbagai peralatan tentera AS yang rosak dan ditinggalkan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata AS akhirnya dikalahkan setelah cuba menghapuskan kumpulan pejuang selama 20 tahun di Afghanistan.

Lapangan terbang itu menjadi pusat pemindahan ribuan rakyat asing dan warga tempatan setelah Taliban menawan negara itu pada 15 Ogos lalu.

Mengikut maklumat, AS dan beberapa negara lain memindahkan kira-kira 100,000 warga asing dan rakyat Afghanistan yang bimbang tindak balas pemerintah baharu.

Menegaskan keselamatan lapangan terbang adalah masalah utama, Zabihullah berkata Taliban berulang kali telah menegaskan bahawa mereka mtidak akan menerima kehadiran tentera asing di Afghanistan.

“Kami sedang berbincang dengan Turki untuk mengambil alih operasi awam di lapangan terbang. Belum ada kesepakatan yang dicapai,” katanya.

Pasukan khas Taliban ‘Badri 313’ memegang senjata api ditinggalkan tentera Amerika Syarikat ketika mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan pada Selasa, 31 Ogos 2021. – Gambar AP

Ketua Pusat Pemerintah Tentera AS Jeneral Kenneth McKenzie berkata tentera AS meninggalkan banyak peralatan, termasuk sistem pertahanan roket berteknologi tinggi dan kenderaan bersenjata di lapangan terbang itu.

Katanya, Pentagon terpaksa meninggalkan kira-kira 70 kenderaan taktikal penghalang periuk api dan serangan hendap yang berharga sehingga AS$1 juta setiap satu.

Tentera AS juga terpaksa meninggalkan sistem pertahanan roket, mortar dan meriam C-RAM yang diguna untuk melindungi lapangan terbang itu daripada serangan roket.

C-RAM adalah sistem canggih yang digunakan untuk mengesan dan atau memusnahkan roket, artileri, dan pusingan mortar yang berada di udara sebelum mencapai sasaran darat. – Agensi

Berita berkaitan
Amerika sahkan pembunuhan pemimpin utama Al Qaeda
August 2, 2022· Dunia
China gesa dunia hulur bantuan kepada Afghanistan
June 24, 2022· Dunia
Letupan bom dalam masjid di Kabul korbankan lebih 50 nyawa
April 30, 2022· Dunia
Dua tahanan Amerika di Afghanistan sudah dibebaskan
April 2, 2022· Dunia
Popular
Mahkamah Indonesia tolak permohonan halalkan ganja perubatan
July 20, 2022
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok