Pegawai tinggi China dipenjara 11 tahun kerana terima rasuah

Seorang bekas pegawai tinggi di wilayah Qinghai, China dijatuhi hukuman penjara 11 tahun pada bulan lalu kerana menerima rasuah lebih $3 juta daripada kumpulan perlombongan dan pembinaan, perniagaan dan individu semasa memegang jawatan, menurut laporan media kerajaan.

Wen Guodong berkhidmat sebagai naib gabenor di Qinghai dari 2009 hingga 2020.

Hukuman dijatuhkan pada 29 Mac oleh Mahkamah Pertengahan Rakyat Pertama Chongqing, yang turut mendendanya 2 juta yuan (AS$314,213) dan diarah memulangkan asetnya yang diperoleh melalui rasuah, kata sumber.

Semasa memegang jawatan, Wen melindungi operasi perlombongan haram di lombong arang Muli Qinghai, kawasan perlombongan yang dibangunkan oleh Kumpulan Kingho, sebuah syarikat swasta.

Lombong arang di wilayah tersebut dikecam kumpulan alam sekitar, Greenpeace Asia Timur yang disifatkan sebagai kanser yang memberi kesan buruk kepada sistem ekologi.

“Perlombongan arang batu terbuka [di Muli] selama bertahun-tahun telah memusnahkan padang rumput alpine yang menghubungkan glasier di pergunungan dan dataran tinggi, menyekat aliran air hujan dan mencairkan air yang ditelan sungai,” kata kumpulan pemerhati alam sekitar.

“Akibatnya, kapasiti takungan lanskap air terjejas dengan ketara,” tambah Greenpeace.

Bagaimanapun pemantau tempatan menyifatkan hukuman yang dijatuhkan itu sebagai ringan dan tidak setimpal dengan kemusnahan yang dilakukan oleh tertuduh.

Selain itu, ia juga menunjukkan ketakadilan berhubung bentuk hukuman yang dijatuhkan kepada pegawai kerajaan China berbanding dengan hukuman terhadap warga Tibet.

BERITA BERKAIT
POPULAR