PBB lulus vaksin Moderna untuk kecemasan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia meluluskan penggunaan vaksin Moderna keluaran Amerika Syarikat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi kelulusan penggunaan vaksin Covid-19 – Moderna – hanya untuk kecemasan sahaja.

Vaksin mRNA Moderna yang dikeluarkan syarikat Amerika Syarikat (AS) kini menjadi antara yang dibenarkan penggunaannya selepas vaksin AstraZeneca, Pfizer-BioNTech dan Johnson & Johnson.

WHO juga dijangka memberi kelulusan kepada vaksin keluaran China, Sinopharm dan Sinovac dalam beberapa hari lagi, kata WHO dalam satu kenyataan hari ini.

Lampu hijau kepada vaksin Moderna diumumkan hari ini selepas beberapa bulan tertangguh kerana WHO berdepan masalah mendapatkan data daripada pengeluar.

Sebelum ini syarikat bioteknologi AS, Moderna, mengumumkan bahawa vaksin Covid-19 keluarannya memiliki kadar keberkesanan 90 peratus bagi menangani sebarang bentuk jangkitan wabak itu.

Vaksin Moderna juga didapati merekodkan kadar keberkesanan 95 peratus dalam membendung jangkitan teruk.

Banyak negara yang tidak mempunyai badan khas yang mengawal ubat-ubatan hanya mengharapkan WHO menyenaraikan mana-mana vaksin untuk digunakan. – Agensi