PBB beri amaran dunia bakal hadapi “krisis kesihatan mental global”

June 18, 2022 · Dunia

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat memberi amaran terhadap “krisis kesihatan mental global,” ketika melancarkan laporan mengenai kesihatan mental, lapor Xinhua, menurut Bernama.

“Kita sedang berdepan krisis kesihatan mental peringkat global,” kata pegawai tertinggi PBB itu menerusi videonya ketika melancarkan Laporan Kesihatan Mental Dunia 2022: Mengubah Kesihatan Mental Untuk Semua.

Guterres berkata hampir satu bilion penduduk dunia, termasuk berjuta kanak-kanak dan golongan muda, “mengalami gangguan kesihatan mental,” dan kebanyakan mereka tidak mempunyai akses kepada rawatan.

“Perkhidmatan kesihatan mungkin tidak tersedia atau tidak mampu dibayar. Stigma juga menghalang orang ramai mendapatkan bantuan,” katanya.

Guterres berkata orang yang mengalami gangguan kesihatan mental berdepan risiko penderaan fizikal dan emosi, penafian pendidikan dan pekerjaan, serta pelanggaran hak asasi manusia yang lain.

Kadar kemurungan dan keresahan sahaja mengakibatkan perbelanjaan ekonomi global mencecah US$1 trilion setahun.

Guterres berkata walaupun pandemik COVID-19 meningkatkan masalah kesihatan mental, ia juga telah membawa kepada pemahaman yang jauh lebih besar mengenai kepentingan – dan kerapuhan – menjamin kesihatan mental yang baik.

“Malangnya, di kebanyakan negara, kesihatan mental kekal sebagai bidang kesihatan yang paling diabaikan,” kata setiausaha agung itu.

Mengulas mengenai laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Guterres berkata laporan itu sebagai gambaran agar semua negara meningkatkan sistem kesihatan mental mereka.

“Ia memberi cadangan terhadap penambahbaikan yang diperlukan dan bagaimana ia boleh dicapai, bermula pada zaman kanak-kanak dan hingga semua peringkat kehidupan.

“Ia merungkai cara mengurangkan risiko, membina daya tahan dan merungkai halangan yang menyekat mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental daripada mengambil bahagian sepenuhnya dalam masyarakat.

“Saya mengesyorkannya kepada kerajaan, dan pihak berkepentingan mengenai kesihatan mental, di mana-mana sahaja,” kata setiausaha agung itu.

Berita berkaitan
WHO pantau subvarian baharu Covid-19 lebih menjangkiti
April 13, 2023· Dunia
Melancong, beriadah redakan stres
February 15, 2023· Isu semasa
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023· Dunia
Tun Maimun dedah gangguan terhadap badan kehakiman tahun lalu
January 9, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok