PBB bakal terbitkan amaran kepantasan pemanasan global

August 9, 2021 · Dunia

Lapan tahun setelah kali terakhir mengemas kini isu berkaitan sains iklim, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal mengeluarkan laporan terbaharunya, hari ini, yang dilihat akan memberi amaran mengenai kepantasan pemanasan global, dan kesan kerosakan yang mungkin dihadapi.

Sejak laporan terakhir Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) PBB pada 2013, kedua-dua pelepasan gas rumah hijau dan suhu global rata-rata terus meningkat.

Laporan terbaharu hari ini dijangka memfokus berapa banyak lagi pelepasan ke atmosfera sebelum purata suhu global meningkat lebih daripada 1.5 darjah Celsius.

Anggaran jumlah karbon yang disemak semula dapat menjadi panduan kepada kerajaan semua negara ketika memetakan rancangan pemotongan pelepasan sebelum persidangan iklim PBB pada November ini.

Saintis mengatakan dunia mesti mengurangkan separuh pelepasan global pada tahun 2030 dan memotongnya menjadi sifar menjelang tahun 2050 bagi mengelakkan pemanasan global melebihi 1.5 Celsius, yang boleh mencetuskan malapetaka di seluruh dunia.

Tetapi perubahan iklim telah meningkatkan pemanasan global yang turut menyebabkan kematian serta beberapa bencana di seluruh dunia.

Hampir semua glasier dunia mencair lebih cepat. Taufan menjadi lebih kuat. Dan tahun ini hujan lebat yang tidak dijangkakan menyebabkan banjir di sebahagian China serta Eropah, sementara kebakaran hutan meliputi garisan sepanjang Siberia, barat Amerika Syarikat (AS) dan Mediterranean.

“Laporan itu akan merangkumi bukan sahaja fakta bahawa kita memecahkan rekod demi rekod dari segi kesan perubahan iklim, tetapi menunjukkan bahawa dunia hari ini berada di wilayah yang tidak berpusat dari segi kenaikan paras laut dan penutup ais,” kata Kelly Levin, ketua sains data dan perubahan sistem Bezos Earth Fund.

Keseluruhannya laporan itu akan mengariskan tindakan segera semua kerajaan untuk mengurangkan pemanasan global, katanya.

Berita berkaitan
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023· Dunia
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
Wartawan tanya lain tapi PMX jawab benda lain, melilau bagi jawapan
October 4, 2023· Politik
Tun Maimun dedah gangguan terhadap badan kehakiman tahun lalu
January 9, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok