Payudara bengkak selepas suntikan Pfizer, bukan membesar: Laporan

July 30, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan New Zealand menolak dakwaan mengatakan suntikan vaksin Covid-19 Pfizer menyebabkan payudara seseorang menjadi semakin besar.

Ramai wanita terutama gadis memuat naik dakwaan di media sosial mengatakan payudara dan kelenjar limfa mereka membesar setelah menerima suntikan itu sehingga mereka menjuluki kesannya sebagai ‘Pfizer boob job’.

Namun jurucakap kementerian itu berkata Lembaga Keselamatan Ubat-ubatan dan Peralatan Perubatan New Zealand (MedSafe) memaklumkan tidak ada laporan mengatakan payudara penerima suntikan itu membesar dan setakat yang diketahui ianya bukan kesan daripada vaksin.

Bagaimanapun pengguna TikTok Elle Marshall adalah antara beberapa pengguna media sosial yang mendakwa payudara mereka membesar selepas menerima suntikan vaksin Pfizer.

Menerusi video TikToknya yang ditonton hampir dua juta kali, Marshall mendakwa ukuran payudaranya membesar daripada A kepada C.

“Saya rasa seperti payudara saya membesar kerana Pfizer atau saya hanya berhalusinasi,” katanya. Sementara yang lain turut mengatakan daripada pengalaman dialami, Pfizer menyebabkan payudara mereka membesar.

Menurut Jabatan Kesihatan Australia pembengkakan kelenjar limfa adalah kesan sampingan yang jarang berlaku akibat suntikan vaksin.

Di Amerika Syarikat (AS) di mana program vaksinasi dijalankan lebih awal daripada di Australia, doktor melaporkan lebih ramai wanita membuat janji temu untuk ujian x-ray bagi mengenal pasti perubahan pada tisu payudara, setelah menerima suntikan vaksin.

Pengarah Pusat Penjagaan Payudara Universiti California San Francisco, Dr Laura Esserman berkata wanita keliru apabila menyangka perubahan pada kelenjar limfa selepas menerima suntikan vaksin sebagai tanda barah.

“Saya pasti ratusan ribu wanita akan mengalami keadaan ini,” katanya kepada ABC7 Chicago.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Persatuan Radiologi Amerika Utara baru-baru ini menyimpulkan limfadenopati atau keadaan di mana terjadi pembengkakan atau pembesaran pada kelenjar limfa disebabkan vaksinasi adalah kesan sampingan.

Walaupun tidak jelas berapa lama pembengkakan pada kelenjar limfa itu akan hilang, ia sebenarnya hanyalah kesan sementara.

Di Australia, wanita berusia 50 tahun ke atas yang kerap memerlukan mamogram dinasihatkan supaya sama ada menjalani ujian itu terlebih dahulu atau menangguhkannya sehingga enam minggu selepas mengambil suntikan vaksin, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Pembengkakan biasanya berlaku apabila suntikan yang dibuat di atas bahagian lengan menjadi aktif, Ini menunjukkan tubuh badan penerima sedang menyediakan imun pelindung untuk tindak balas, menurut The Conversation – sebuah agensi media bukan berasaskan keuntungan dalam terbitan mereka yang ditulis oleh pakar dan profesional bidang perubatan.

Kolej Radiologi Diraja Australia dan New Zealand melaporkan pembengkakan seperti itu tidak berlaku dalam kalangan wanita yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca.

Pembengkakan dilaporkan di AS membabitkan vaksin Moderna yang kini sedang menunggu kelulusan Pentadbiran Perakatan Terapi Australia. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok