Patung Ratu Victoria, Ratu Elizabeth II ditumbangkan di Kanada

July 3, 2021 · Dunia

Penunjuk perasaan di bandar Winnipeg, Kanada menumbangkan patung Ratu Victoria dan Ratu Elizabeth II dalam demonstrasi susulan penemuan ratusan kubur kanak-kanak tanpa tanda di sebuah sekolah Orang Asli.

Menggunakan tanda pagar #CancelCanadaDay, penunjuk perasaan melaungkan penentangan terhadap pembunuhan beramai-ramai, berikutan penemuan kubur itu.

Tahun ini, banyak bandar membatalkan sambutan hari kebangsaan Kanada susulan skandal terhadap anak-anak Orang Asli membuat rakyat Kanada mengingati sejarah penjajahan mereka.

Hampir 1,000 kubur ditemui tanpa tanda di sekitar bekas sekolah berasrama di British Columbia dan Saskatchewan yang kebanyakannya dikendalikan oleh gereja Katolik dan dibiayai oleh pemerintah.

Di Winnipeg, orang ramai bersorak ketika patung Ratu Victoria ditumbangkan di luar kawasan Badan Perundangan wilayah Manitoba.
Penunjuk perasaan yang kebanyakannya memakai baju berwarna oren juga menendang patung itu dan menari di sekitarnya. Pakaian berwarna oren itu menjadi simbol pergerakan.

Patung Ratu Elizabeth II yang berdekatan juga ditumbangkan.

Ratu Elizabeth II adalah ketua negara Kanada ketika ini sementara itu Ratu Victoria pula memerintah dari tahun 1837 hingga 1901 ketika Kanada menjadi sebahagian daripada kerajaan Inggeris.

Protes untuk menyokong anak Orang Asli juga berlaku di Toronto, hab kewangan Kanada dan perarakan #CancelCanadaDay di ibu kota, Ottawa.

Bendera Kanada di Peace Tower dan menara pusat Majlis Nasional Quebec dikibarkan setengah tiang untuk menghormati anak-anak Orang Asli.

Perdana Menteri Quebec, Francois Legault berkata: “Tahun ini, sejarah tragis sekolah asrama ini telah membayangi perayaan hari kebangsaan Kanada”. – Agensi

Berita berkaitan
Ismail Sabri umum bayaran ‘one-off’ RM1,000 kepada Tok Batin
October 17, 2022· Politik
Ustazah Rokiah tak serik walau 4 bulan kena badi mayat Orang Asli
October 9, 2022· Isu semasa
10 maut, 15 cedera ditikam
September 5, 2022· Dunia
Zahid beritahu mahkamah kubur dia banjir air kencing jika bubar UMNO
June 28, 2022· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok