Parlimen Iceland didominasi kaum wanita, pertama di Eropah

September 26, 2021 · Dunia

Buat pertama kalinya di Eropah, apabila kaum wanita dapat menguasai lebih dari separuh kerusi di Parlimen baharu Iceland, dengan 33 ke 52 peratus dari 63 kerusi di Althing.

Melalui data yang digabungkan oleh Bank Dunia, tiada negara Eropah lain yang mempunyai lebih dari 50 peratus penggubal undang-undangnya melibatkan kaum wanita, dan diikuti rapat oleh Sweden sebanyak 47 peratus.

Kesatuan Antara Parlimen memaklumkan, lima negara lain yang memiliki Parlimen dominan dipegang oleh kaum wanita sekurang-kurangnya separuh kerusi ialah Rwanda (61 peratus), Cuba (53 peratus), Nicaragua (51 peratus) serta Mexico dan Emiriah Arab Bersatu (50 peratus).

Sejak 12 tahun lalu, Iceland sudah menjadi perintis dalam kesamarataan jantina dan hak kaum wanita dimana ia mendahului kedudukan Forum Ekonomi Dunia sebagai negara paling adil.

Tidak sama seperti beberapa negara lain, Iceland tidak mempunyai kouta undang-undang mengenai perwakilan wanita di Parlimen biarpun terdapat pihak yang menetapkan jumlah minimum bagi calon wanita.

Sejak 1961, Iceland sudah mengemukakan cuti kepada ibu bapa, melibatkan lelaki dan wanita, serta melaksanakan ketetapan pertama mengenai gaji yang selaras untuk lelaki dan wanita.

Manakala pada 1980, Iceland juga adalah negara pertama yang memilih wanita sebagai Presiden dan pada 2018, undang-undang penyelarasan gaji untuk lelaki dan wanita itu dilancarkan.

Sabtu lalu, pilihan raya membuktikan kerajaan gabungan kiri-kanan itu dapat meluaskan majoritinya.

Namun demikian, Gerakan Hijau Kiri Perdana Menteri Iceland, Katrin Jakobsdottir kelihatan sedikit goyah apabila rakan sayap kanannya memperoleh lebih banyak sokongan dan ini menimbulkan tanda tanya terhadap masa depannya sebagai Perdana Menteri.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok