Paris tak lagi ‘kota termahal dunia’

December 3, 2021 · Dunia

Ibu kota Paris dan Singapura berkongsi kedudukan tangga kedua sebagai bandar raya paling terkaya dan termahal di dunia untuk didiami, manakala Tel Aviv berada di tangga pertama, berdasarkan kajian oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU).

Daily Mail melaporkan, bandar di Israel itu mendaki lima anak tangga untuk mendapat tempat teratas buat pertama kali dalam kedudukan berwibawa.

Sebelum ini, Paris berada di carta pertama, turun ke satu anak tangga, manakala Singapura melonjak naik dari tangga keempat ke kedudukan kedua pada tahun ini.

Zurich dan Hong Kong berada di kedudukan keempat dan kelima, diikuti New York di tangga keenam dan Geneva di tangga ketujuh.

Turut berada di dalam senarai 10 bandar raya paling terkaya dan mahal di dunia adalah Copenhagen yang berada di kedudukan kelapan, diikuti Los Angeles di tangga kesembilan dan Osaka, Jepun di tangga kesepuluh dunia.

Pada tahun lalu, kajian sama dilakukan dan menempatkan Paris, Zurich dan Hong Kong berkongsi kedudukan di tempat pertama dunia.

Indeks Kos Sara Hidup Dunia disusun untuk membandingkan harga dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) bagi barangan dan perkhidmatan di 173 bandar raya di seluruh dunia.

Selain itu, data bagi tahun ini dikumpulkan sejak bulan Ogos dan September lalu, apabila harga barang dan komoditi meningkat dan menunjukkan secara purata harga naik sebanyak 3.5 peratus dalam mata wang tempatan, iaitu kadar inflasi terpantas direkodkan dalam tempoh lima tahun lalu.

Ketua Sara Hidup Seluruh Dunia EIU, Upasana Dutt memaklumkan sekatan sosial akibat pandemik Covid-19 sudah menganggu bekalan barangan dan membawa kepada kekurangan bekalan dan kenaikan harga yang lebih tinggi.

“Kita boleh lihat dengan jelas kesan terhadap indeks tahun ini dengan lonjakan ketara harga petrol,” jelasnya.

Sementara itu, ibu kota Syria, iaitu Damsyik berada di tangga paling tercorot dunia sebagai bandar paling murah untuk didiami di seluruh dunia. – Agensi

Berita berkaitan
Zambry kata lawatan sulung ke Perancis satu kejayaan, kukuhkan hubungan
June 3, 2023· Isu semasa
Isu Sulu: Malaysia diserang hendap, bahaya jika tidak diselesai segera
July 19, 2022· Isu semasa
PM Perancis terselamat usul undi tak percaya
July 12, 2022· Dunia
Saintis temui bakteria gergasi
June 24, 2022· Dunia
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok