‘Pantai bogel’ di Greece digegar gempa 6.3 magnitud

Pusat pelancongan popular di Pulau Crete, Greece yang terkenal dengan pantai untuk berbogel, digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud hari ini.

Berdasarkan laporan Pusat Seismologi Eropah Mediterranean, gempa pada jam 9.30 pagi waktu tempatan itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer di perairan di timur pulau itu.

Pusat gempa itu berlaku berdepan dengan beberapa pantai yang popular dengan pelancong berbogel. Walaupun, kerajaan Greece melarang pelancong berbogel di tepi pantai, namun tiada tindakan diambil.

27 September lalu, seorang terbunuh manakala ratusan rumah di pulau itu rosak akibat gempa 6.0 magnitud.

Media negara itu turut melaporkan gempa susulan berukuran 4.0 magnitud berlaku, namun sehingga kini tiada kematian, kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Susulan gempa hari ini berlaku di dasar laut, pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami mungkin berlaku.

“Belum ada tanda-tanda tsunami mungkin akan terjadi akibat gempa tersebut tapi amaran tetap dikeluarkan,” kata pihak berkuasa.

BERITA BERKAIT
POPULAR