Panel bebas syor vaksin Pfizer kepada kanak-kanak seawal usia 5 tahun

October 27, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) dijangka meluluskan pemberian vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, mulai pertengahan November depan.

Ia susulan keputusan panel penasihat kerajaan yang terdiri daripada pakar perubatan bebas yang turut menyimpulkan manfaatnya kepada kesihatan kanak-kanak, mengatasi risiko yang diketahui.

Selepas sehari pembentangan dan perbahasan pada Selasa, 17 panel akhirnya menyokong pemberian vaksin Pfizer kepada kanak-kanak seawal usia lima tahun, dan seorang berkecuali.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang menganjurkan perbincangan itu dijangka memberi lampu hijau tidak lama lagi, sekali gus membuka jalan kepada 28 juta kanak-kanak Amerika layak menerima suntikan itu menjelang pertengahan Novemberi.

“Adalah jelas kepada saya bahawa faedahnya melebihi risiko apabila saya mendengar tentang kanak-kanak yang dimasukkan ke unit rawatan rapi( ICU), yang mengalami kesan jangka panjang selepas dijangkiti Covid-19,” kata Amanda Cohn dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang mengundi ya bagi keputusan itu.

“Ia tidak pernah apabila anda mengetahui segala-galanya – persoalannya ialah apabila anda cukup mengetahui,” kata Paul Offit, pakar pediatrik di Hospital Kanak-kanak Philadelphia, yang juga mengundi ya tetapi mencerminkan fakta bahawa data keselamatan yang lebih lengkap akan tersedia dari semasa ke semasa.

Pakar pediatrik di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, Paul Offit yang turut mengundi ya pula berkata ramai kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat manfaat, dan risiko teori miokarditis, kesan sampingan yang paling membimbangkan, mungkin sangat rendah, memandangkan dos yang diturunkan sebanyak 10 mikrogram, berbanding 30 mikrogram kepada usia yang lebih tua.

Bagaimanapun, sesetengah pakar walaupun mengundi ya, namun mengatakan kebenaran untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak adalah keputusan peribadi keluarga.

Analisis Pfizer yang dikeluarkan FDA sebelum mesyuarat itu menunjukkan keberkesanan vaksin mencapai 90.7 peratus dalam menghalang gejala Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok