Pakistan tuduh badan perisik India dalang letupan bom kereta di Lahore

July 5, 2021 · Dunia

Penasihat Keselamatan Pakistan, Moeed Yousuf hari ini menuduh India merancang serangan bom kereta yang menyebabkan kematian di timur Lahore, 23 Jun lalu.

Katanya siasatan yang dijalankan di tempat kejadian menjurus kepada operasi membabitkan badan perisikan India.

Beliau berkata siasatan menunjukkan lelaki terbabit adalah rakyat India yang bekerja dengan Sayap Analisis dan Kajian (RAW) negara itu.

“Melalui analisis forensik, peralatan elektronik yang ditemukan daripada pengganas ini, kami mengenal pasti perancang utama dan mereka yang menguruskan serangan itu.

“Dan kami tidak ragu-ragu memaklumkan bahawa perancang utama itu adalah RAW, tinggal di India dan rakyat India,” katanya.

Katanya, Pakistan akan terus mendedahkan pembabitan India dalam menaja beberapa serangan seperti itu.

23 Jun lalu sebuah kereta meletup di hadapan kediaman ketua kumpulan pemisah anti-India Hafiz Muhammad Saeed yang kini dipenjara di Pakistan, menyebabkan tiga terbunuh dan mencederakan 27 yang lain.

India sebelum itu menuduh Saeed membantu merancang serangan kumpulan pemisah Islam di beberapa lokasi di kota kewangan Mumbai pada 2008 yang menyebabkan 170 orang terbunuh, termasuk di Hotel Taj. – Agensi

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023· Dunia
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok