Pakar ramal gelombang ketiga Covid-19 Indonesia bermula Disember

September 26, 2021 · Dunia

Pasukan Petugas Covid-19 Republik Indonesia mengesahkan sebanyak 2,137 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan keseluruhan kes positif di negara itu meningkat kepada 4,206,253 kes.

Pada masa sama pasukan itu juga memaklumkan 123 pesakit meninggal dunia dalam tempoh itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal tahun lalu kepada 141,381 kes, tertinggi dalam kalangan negara-negara Asean.

Tujuh wilayah merekodkan kes baharu melebihi 100 individu. Jawa Tengah berada di atas dengan 309 kesl Jawa Timur (215 kes); Jawa Barat (188 kes); dan Jakarta (133 kes).

Sumatera Utara mencatatkan 108 kes positif; Bali (105 kes); dan Sulawesi Selatan (100 kes).

Sementara itu pakar epidemiologi Universiti Griffith Australia, Dicky Budiman mengingatkan rakyat negara itu terus berwaspada terhadap ancaman gelombang ketiga Covid-19.

“Orang ramai jangan terlalu gembira dengan penurunan jangkitan harian Covid-19 di Indonesia,” katanya sambil mengingatkan kelalaian akan menyebabkan penularan meluas tercetus semula menjadi gelombang ketiga.

Mengingatkan bahawa Indonesia masih dalam ancaman lonjakan kes Covid-19 gelombang ketiga, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada berada dalam mana-mana acara yang boleh menyebabkan perkumpulan beramai-ramai.

Pada masa sama jumlah individu dewasa daripada lebih 277 juta populasi Indonesia yang lengkap divaksinasi belum mencapai 50 peratus. Indonesia merupakan negara keempat di dunia yang merekodkan paling padat penduduk.

“Gelombang ketiga sangat mungkin berlaku kerana liputan vaksinasi Indonesia belum melebihi separuh daripada jumlah populasi,” katanya.

Gelombang ketiga Covid-19 boleh tercetus disebabkan beberapa faktor yang meliputi peningkatan pergerakan penduduk tanpa penerapan protokol kesihatan, penurunan pengesanan kontak rapat, jumlah vaksinasi yang masih rendah dan penularan varian baharu.

Ahli epidemiologi Fakulti Perubatan Awam Universiti Indonesia, Iwan Ariawan berkata pakar meramalkan dari Disember hingga Januari, jumlah kes mungkin meningkat kerana selama musim cuti panjang itu orang ramai lebih cenderung melakukan perjalanan.

“Percutian panjang yang disertai dengan pergerakan tinggi, dengan protokol kesihatan minimum, menimbulkan risiko menyebabkan berlakunya lonjakan kes.

“Orang ramai hanya menyedari atau menyesali keputusan mereka melakukan perjalanan setelah Covid-19 menjangkiti mereka atau keluarga mereka,” katanya.

Katanya, gelombang ketiga Covid-19 hanya boleh dicegah dengan melaksanakan petunjuk perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM).

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan republik Indonesia memperketatkan PPKM di kawasan yang merisiko tinggi menjadi pencetus penularan gelombang ketiga Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok