Pakar kesihatan Jepun bimbang Olimpik jadi pusat pandemik

June 12, 2021 · Dunia

Ketika Malaysia melakukan persiapan untuk menghantar atlet menyertai Sukan Olimpik di Tokyo, sekumpulan saintis Jepun, termasuk sesetengahnya bertaraf penasihat kanan berkaitan pandemik Covid-19, memberi amaran membenarkan penonton hadir pada satu-satu acara akan membantu menyebarkan virus sama ada secara domestik atau antarabangsa.

Bagaimanapun, cadangan mereka – menyekat atau mengehadkan jumlah penonton di lapangan – belum lagi dikemukakan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan kerajaan Jepun, yang setakat ini tidak bersedia menangguhkan acara bertaraf dunia itu buat kali kedua yang akan bermula 23 Julai depan.

Media melaporkan kerajaan Yoshihide Suga dan IOC menyekat kemasukan pelancong ke Jepun untuk menyaksikan sukan itu secara peribadi, namun jutaan penduduknya bakal hadir ke lebih 40 lokasi pertandingan di sekitar Tokyo.

“Itu adalah idea yang buruk,” kata sekumpulan pakar kesihatan awam ketika mereka bertemu kali pertama secara maya kelmarin sejak pandemik Covid-19 melanda Negara Matahari Terbit itu.

Namun, mereka bimbang amaran diberikan itu tidak dipedulikan. Kebanyakan pakar kesihatan awam itu lebih suka jika Olimpik Tokyo ditangguhkan lagi terlebih dahulu.

Memberi pendirian semasa kerajaan Jepun dan IOC, pembincangan di kalangan pakar itu beralih kepada sama ada harus membenarkan atau tidak penonton domestik menyaksikan acara dipertandingkan di lokasi sukan itu.

“Tetapi mungkin sudah terlambat untuk mempertimbangkan perubahan drastik dalam cara Sukan Olimpik Tokyo dianjurkan,” kata Ahli Epidemiologi Universiti Kyoto, Profesor Hiroshi Nishiura.

Ibu pejabat kawalan virus Corona kebangsaan di bawah Kabinet Jepun tidak pernah secara terbuka membincangkan risiko mengadakan pertandingan itu, kata pengkaji penyakit epidemik itu lagi.

Pengerusi Panel Penasihat Kerajaan Jepun mengenai Covid-19, Profesor Shigeru Omi berkata, beliau akan membawa cadangan dan amaran itu kepada ibu pejabat kawalan virus kebangsaan untuk tindakan lanjut pada 20 Jun ini.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada beliau akan mengemukakan laporan daripada kumpulan pakar yang bersidang secara maya itu atau mengarahkan panel berkenaan untuk menyediakannya.

“Masa tepat laporan itu akan dikemukakan, dan sama ada diserahkan kepada kerajaan atau IOC masih dalam perbincangan,” kata Nishiura.

Sukan Olimpik 2020 yang pada awalnya dijadualkan pada musim panas lalu ditangguhkan selama setahun disebabkan pandemik Covid-19.

Namun Tokyo dan beberapa bandar utama lain masih diletakkan di bawah perintah darurat, sementara program vaksinasi yang dikatakan perlahan menyebabkan penganjur didesak menangguhkan lagi acara sukan itu.

Tinjauan pendapat di kalangan orang awam baru-baru ini menunjukkan 60 hingga 80 peratus lebih suka sukan itu dibatalkan terlebih dahulu. Namun pegawai IOC dan ahli politik Jepun, yang melihat kepada kos berbilion dolar yang telah dibelanjakan, membuat keputusan untuk meneruskan juga acara sukan itu.

Bulan lalu, Naib Presiden IOC John Coates ketika ditanya dalam satu persidangan sama ada sukan itu perlu diteruskan walaupun Tokyo diletakkan di bawah perintah darurat berkata: “Jawapannya semestinya ya.”

Ketegangan pendapat antara pakar kesihatan awam dengan ahli politik Jepun dan pegawai IOC berlaku selepas Omi muncul di hadapan dua jawatankuasa perundangan, minggu lalu.

“Mengadakan Sukan Olimpik adalah sesuatu yang tidak normal dalam keadaan sekarang,” katanya di hadapan jawatankuasa kesihatan dari badan perundangan yang lebih rendah, menurut laporan media tempatan.

Ketika berdepan jawatankuasa kesihatan yang lebih tinggi, Omi berkata penganjur Olimpik Tokyo mesti melaksanakan langkah paling ketat untuk meminimumkan risiko penularan virus Covid-19.

Namun beliau membidas jawatankuasa berkenaan sambil berkata apa sahaja nasihat tidak akan berguna jika tidak sampai kepada IOC.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan Jepun, Norihisa Tamura menolak pendapat Omi sambil berkata: “Itu hanya laporan hasil penyelidikan sukarela.”

Nishiura berkata satu kebimbangan hanyalah Sukan Olimpik membantu menyebarkan varian Covid-19 yang lebih cepat menular, terutama memandangkan sejumlah besar atlet, pelatih, pegawai, media, sukarelawan, dan penonton domestik, berkumpul.

Namun katanya, Jawatankuasa Olimpik Jepun telah menyediakan garis panduan ketat meminta atlet dan kakitangan sokongan untuk membatasi perjalanan ke lokasi dan tempat rasmi; elak pengangkutan awam, menjauhi pusat tarikan pelancong, restoran, dan bar; dan meninggalkan negara ini dalam masa dua hari setelah tamat acara mereka.

Walaupun garis panduan mengatakan bahawa ketidakpatuhan boleh menyebabkan atlet dilarang bertanding, Nishiura mengatakan tidak ada indikasi bagaimana sekatan ini akan dikuatkuasakan.

Setakat ini, Jawatankuasa Olimpik Jepun belum menyediakan rancangan kontinjensi untuk menangani penularan kes yang mungkin melampaui kemudahan rawatan kesihatan ketika acara sukan itu diadakan.

Kesan daripada jangkitan ketika Sukan Olimpik boleh merebak ke seluruh negara dan bahkan di seluruh dunia, kata Pakar Kesihatan Awam Universiti Tohoku, Profesor Hitoshi Oshitani.

Sejak awal pandemik Covid-19 tahun lalu, kes jangkitan dikesan kembali meningkat setiap kali cuti umum, termasuk sambutan tahun baharu dan sepanjang minggu musim bunga.

Acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu akan berlangsung mulai Julai hingga Ogos, manakala Sukan Paralimpik Tokyo dijadual dari 24 Ogos hingga 5 September depan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok