Pakar desak WHO, kerajaan pantas bendung penularan cacar monyet

May 28, 2022 · Dunia

Beberapa pakar penyakit berjangkit terkemuka dunia mendesak pihak berkuasa kesihatan global bertindak lebih pantas membendung wabak cacar monyet yang semakin meningkat yang telah merebak ke sekurang-kurangnya 20 negara.

Mereka berhujah bahawa kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak seharusnya mengulangi kesilapan awal pandemik Covid-19 dalam pengesanan kes sehingga membantu virus itu merebak dengan cepat.

Walaupun cacar monyet tidak berjangkit atau berbahaya seperti Covid-19, saintis berkata, perlu ada panduan yang lebih jelas tentang cara seseorang yang dijangkiti perlu diasingkan, nasihat yang lebih jelas tentang cara melindungi orang yang berisiko, dan ujian pengesanan kontak rapat.

“Jika ini menjadi endemik (di lebih banyak negara), kita akan mempunyai satu lagi penyakit buruk dan banyak keputusan yang sukar untuk diambil,” kata Profesor di Pusat Geneva untuk Penyakit Viral di Switzerland, Isabelle Eckerle.

WHO sedang mempertimbangkan sama ada wabak itu perlu dinilai sebagai potensi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa (PHEIC), kata seorang pegawai.

Penentuan WHO bahawa wabak merupakan kecemasan kesihatan global – seperti yang berlaku dengan Covid-19 atau Ebola – akan membantu mempercepatkan penyelidikan dan pembiayaan bagi membendung penularan penyakit.

“Ia sentiasa dalam pertimbangan, tetapi belum ada jawatankuasa kecemasan (mengenai cacar monyet),” Pengarah Program Kecemasan Kesihatan WHO Mike Ryan.

Bagaimanapun, pakar mengatakan tidak mungkin WHO akan mencapai kesimpulan sedemikian tidak lama lagi, kerana cacar monyet adalah ancaman yang diketahui dunia mempunyai cara dan peralatan untuk melawannya.

Membincangkan sama ada untuk menubuhkan jawatankuasa kecemasan, badan yang mengesyorkan perisytiharan PHEIC, hanyalah sebahagian daripada tindak balas rutin agensi itu, kata pegawai WHO.

Eckerle menyeru WHO untuk menggalakkan negara-negara meletakkan langkah pengasingan yang lebih selaras dan ketat walaupun tanpa perisytiharan kecemasan.

Beliau bimbang cakap-cakap tentang virus itu ringan, serta ketersediaan vaksin dan rawatan di beberapa negara, berpotensi membawa kepada tingkah laku malas daripada pihak berkuasa kesihatan awam. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok