Pakar China dedah vaksin Covid-19 berkesan lawan varian Delta

August 1, 2021 · Dunia

Vaksin Covid-19 berupaya melawan varian Delta dengan memberi perlindungan mencukupi, menurut pakar China.

Penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China, Shao Yiming berkata, setakat ini, vaksin masih mampu mempertahankan keberkesanannya terhadap pelbagai varian baharu.

“Berdasarkan penyelidikan yang dibuat di peringkat global, fenomena dijangkiti semula selepas divaksin lazimnya dikenali sebagai kes bulus, suatu perkara yang biasa. Ia melibatkan jumlah yang amat kecil berbanding penerima vaksin yang melebihi tiga bilion dos di seluruh dunia.

“Vaksin Covid-19 pertama kali diguna pakai, jadi data mengenainya masih dikemas kini dengan penyelidikan dan ujian klinikal. Tiada vaksin seratus peratus kebal terhadap jangkitan virus,” katanya lapor Bernama hari ini.

Beliau turut menegaskan, program inokulasi dan langkah kawalan dan pencegahan yang dilaksanakan secara bersepadu antara cara paling berkesan untuk membendung penularan wabak.

Di China, penularan wabak COVID-19 membabitkan varian Delta berpunca daripada kluster di lapangan terbang Nanjing, telah merebak ke 14 wilayah dengan peningkatan mendadak kes jangkitan tempatan sebanyak 328.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok