Orang ramai berkumpul bantah pelaksanaan hukuman mati di Singapura

April 4, 2022 · Dunia

Pemerintah Singapura digesa membatalkan hukuman mati daripada dilaksanakan di negara republik tersebut, ia selepas mahkamah masih menjatuhkan hukuman keras tersebut terhadap pesalah yang terlibat dalam kes dadah.

Terbaharu, Singapura melaksanakan hukuman terbabit buat pertama kali sejak 2019, ke atas seorang pesalah jenayah penyeludupan dadah.

Rakyat Singapura, Abdul Kahar Othman, 68, dijatuhkan hukuman gantung atas kesalahan menyeludup dadah pada Rabu lalu dirayu pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia

Seorang lagi yang bakal berdepan hukuman sama adalah rakyat Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam, orang kelainan upaya (OKU) yang disabitkan kesalahan menyeludup dadah jenis heroin, selepas gagal dalam rayuannya minggu lalu.

Selain itu, beberapa rayuan banduan akhir berkaitan kes dadah baru-baru ini ditolak mahkamah Singapura.

Penganjur memaklumkan kira-kira 400 peserta menyertai perhimpunan terbabit yang diadakan di ‘Speaker’s Corner’, satu-satunya lokasi dibenarkan mengadakan bantahan tanpa memerlukan kebenaran.

Dalam perhimpunan itu, mereka membawa sepanduk tertulis ‘hukuman berat tidak menjamin keselamatan kami’ dan “jangan membunuh atas nama kami’ selain melaungkan slogan membantah hukuman mati.

Seorang aktivis tempatan, Kristen Han, berkata hukuman mati adalah sistem yang kejam dan menjadikan semua yang menerimanya turut bersikap kejam.

“Kerajaan sepatutnya mendorong rakyat menangani ketidaksamaan, sistem bersifat eksploitasi dan menindas sehingga orang ramai terpinggir tanpa sokongan tetapi sebaliknya mendedahkan sikap terburuk kita,” katanya.

Protes seumpamanya adalah tindakan luar biasa yang jarang berlaku di Singapura yang sering dikritik kerana menyekat kebebasan awam.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok