Omicron: UK bakal laksana sekatan dipertingkat dalam ‘Pelan B’

United Kingdom (UK) mungkin bersedia untuk mengumumkan lebih banyak sekatan Covid-19 untuk England, di tengah-tengah kebimbangan mengenai penyebaran varian Omicron, menurut laporan Financial Times.

Sumber memberitahu akhbar itu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan apa yang dipanggil “Pelan B” sekatan yang dipertingkat dan diperketat.

Akhbar itu, yang memetik tiga pegawai kanan Whitehall yang tidak dinamakan, memberitahu Financial Times bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan sekatan, termasuk mewajibkan pasport vaksin untuk tempat yang luas dan perintah bekerja dari rumah.

Sekatan baharu itu dijangka diumumkan pada sidang media pada Rabu dengan peraturan dibentangkan kepada Parlimen pada Khamis, menurut seorang pegawai kerajaan.

Langkah itu akan diambil di tengah-tengah kebimbangan meluas mengenai peningkatan jumlah kes Omicron di UK, di mana data rasmi menunjukkan 1,000 orang dijangkiti varian tersebut sehari.

Pakar perubatan sebelum ini mengatakan varian Omicron mungkin mengambil masa beberapa minggu, bukannya bulan, sebelum ia merampas kedudukan dominan daripada Delta.

Profesor Neil Ferguson dari Imperial College, ahli epidemiologi yang berpengaruh dalam kalangan kohort pakar yang menasihati kerajaan Britain mengenai Covid-19, memberitahu The Times bahawa, data awal menunjukkan jumlah kes Omicron meningkat dua kali ganda setiap tiga hari atau kurang.

Pengkritik kerajaan mungkin melihat sebarang pengenalan langkah yang lebih ketat sebagai cara untuk mengalih perhatian perhatian orang ramai daripada liputan berita yang meluas mengenai parti Krismas yang didakwa berlaku di Downing Street tahun lalu yang melanggar peraturan Covid-19. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR