Omicron: Ujian RTK diwajib kepada rakyat asing masuk Thailand

November 29, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam (PHM) Thailand sedang memikirkan secara serius untuk memastikan ujian tindak balas rantai polimerase (RT-PCR) masa nyata wajib bagi ketibaan pelancong asing dalam usaha mengelakkan penularan varian Omicron Covid-19.

“Pada awalnya PHM merancang untuk membenarkan pelawat asing menggunakan ATK [kit ujian antigen] setelah Thailand membuka lebih banyak wilayah kepada pelancong asing.

“Namun, dengan kemunculan varian baharu ini, kami mungkin terpaksa menangguhkan pelan itu, sebaliknya mewajibkan ujian RT-PCR untuk semua pelawat antarabangsa,” kata Timbalan Menteri PHM Dr Satit Pitutecha, hari ini.

Terdahulu, PHM melaporkan dalam tempoh 24 jam hari ini seramai 4,753 individu dikesan positif Covid-19, dengan 57 daripadanya di penjara.

Jumlah kematian juga meningkat kepada 27 kes, sementara 6,165 pesakit disahkan sembuh.

Thailand kini merekodkan kumulatif positif sebanyak 2,111,566, dengan 2,013,021 pesakit sembuh, 20,734 meninggal dunia, dan 77,811 masih dirawat di hospital.

Pakar epidemiologi memberi amaran sekatan perjalanan mungkin sudah terlambat untuk menghentikan Omicron daripada menular di seluruh dunia.

Mutasi baharu itu pertama kali ditemukan di Afrika Selatan pada 24 November daripada sampel ujian yang diambil pada 19 November lalu, dan sejak itu turut dikesan di Belgium, Botswana, Israel dan Hong Kong, serta beberapa negara Afrika lain.

Menurut laporan, varian Omicron mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta. Sehingga kini belum ada maklumat lanjut bagi tempoh inkubasi, gejala dan kadar kebolehjangkitan bagi varian berkenaan.

Satit juga berkata, beliau telah mengarahkan agensi di bawah Jabatan Sains Perubatan untuk mencari kaedah ujian yang paling sesuai dan berkesan bagi varian Omicron secepat mungkin.

“Diakui, tiada vaksin berkesan terhadap semua varian virus itu. Tetapi pengeluar sedang berusaha untuk mencipta vaksin yang boleh melawan mutasi virus dengan cekap. Kementerian telah memantau keadaan dengan teliti dan akan memberitahu sebaik sahaja vaksin baharu yang lebih baik tersedia.

“Orang ramai tidak seharusnya panik dengan varian baharu kerana tidak banyak data diperoleh mengenai Omicron, terutamanya mengenai kadar penularan dan gejala dalam kumpulan umur tertentu.

“Pada masa ini, tiada kes Omicron dikesan di Thailand kerana pihak berkuasa telah membatalkan penerbangan dari negara berisiko tinggi. Bagaimanapun, varian itu mungkin dibawa masuk melalui saluran semula jadi dan merentasi sempadan dengan negara jiran.

Oleh itu orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok