Omicron: Thailand kuat kuasa semula kuarantin wajib

Thailand hari ini melaksanakan semula serta-merta peraturan kuarantin mandatori dan mengetepikan skim ‘test and go’ bagi semua pelawat yang telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Tindakan terbaharu itu diambil setelah pihak berkuasa kesihatan negara berkenaan bimbang susulan peningkatan penularan varian baharu Covid-19, Omicron, yang kini dilaporkan telah menyerang lebih 80 negara.

Keputusan itu sekali gus memberi tamparan kepada usaha memulihkan semula sektor pelancongan Thailand yang terjejas teruk sejak awal tahun lalu, menjelang kemuncak musim cuti Krismas dan sambutan Tahun Baharu bermula 24 Disember ini.

Jurucakap kerajaan ,Thanakorn Wangboonkongchana turut mengumumkan penggantungan program ‘sandbox’ yang membenarkan pelawat kekal dan bergerak di sekitar lokasi tertentu, kecuali pulau peranginan Phuket, di mana beliau berkata ia akan terus berkuat kuasa.

“Ini bukan untuk menutup pelancong tetapi untuk menangguhkan ketibaan buat sementara waktu,” katanya sambil menambah bahawa keputusan itu akan dikaji semula pada 4 Januari akan datang.

Beliau berkata, kira-kira 200,000 pelawat yang telah mendaftar untuk skim “uji-dan-pergi”, yang dikenali sebagai Pas Thailand, tetapi belum memasuki Thailand akan dibenarkan datang.

Mereka akan tertakluk kepada ujian coronavirus semasa ketibaan dan ujian kedua tujuh hari kemudian atas perbelanjaan kerajaan. Beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Mereka diwajibkan menjalani ujian Covid-19 ketika ketibaan dan ujian kedua tujuh hari kemudian di pusat disediakan kerjaan, katanya tanpa memberi penjelasan lanjut.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha berkata mulai hari ini, negara itu tidak lagi meluluskan permohonan baharu menerusi skim ‘test and go’.

“Mulai sekarang, Thailand kembali kepada sistem kuarantin lama apabila masuk ke negara ini,” katanya.

Keputusan itu dibuat selepas Thailand merekodkan kes pertama penularan domestik varian Omicron minggu lalu, apabila seorang pemastautin yang pulang dari luar negara diuji negatif semasa ketibaan tetapi kemudian diuji positif dan turut menjangkiti ahli keluarganya.

Beberapa kes positif lain semuanya dikesan selepas ujian semasa ketibaan dan telah dikuarantin.

BERITA BERKAIT
POPULAR