Omicron semakin menular di Jakarta

January 26, 2022 · Dunia

Jangkitan baharu Covid-19 di ibu kota Indonesia meningkat kepada 2,190 kes semalam, menurut Ketua Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Jakarta, Dwi Oktavia.

“Majoriti kes baharu itu atau 1,829 didominasi oleh penularan tempatan. Kes positif itu dikesan menerusi ujian saringan PCR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya daripada jumlah kes baharu itu, 1,697 melibatkan varian Omicron dengan 1,166 membabitkan pengembara antarabangsa dan 531 lagi adalah penularan tempatan.

Selain itu, kes aktif meningkat sebanyak 1,708 dengan 12,196 pesakit Covid-19 yang masih dirawat atau menjalani kuarantin.

Sebanyak 10,299 kes aktif adalah penularan tempatan dan selebihnya adalah daripada individu yang pulang dari perjalanan ke luar negara, katanya.

Sehingga semalam, Jakarta merekodkan 883,490 kumulatif kes positif dengan 857,688 pesakit telah sembuh, dan kadar kematian sebanyak 1.5 peratus.

Dwi berkata dalam tempoh seminggu lalu purata kes positif di Jakarta meningkat 8.3 peratus di mana ianya melebihi kadar lima peratus yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Semalam, Indonesia mengesahkan jangkitan Covid-19 di negara itu semakin meningkat didorong oleh penularan pantas varian Omicron dalam komuniti, ketika perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) di Jawa dan Bali dilanjutkan sehingga 31 Januari ini. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok