Omicron: Kluster Sydney jejas pelan Australia buka semula ekonomi

December 4, 2021 · Dunia

Varian Omicron Covid-19 terus merebak di Australia hari ini, apabila jumlah individu dalam kluster yang dikesan di Sydney meningkat kepada 13 kes dan jangkitan disyaki menular pula ke negeri Queensland, sekali gus menguji rancangan negara itu untuk membuka semula ekonomi.

Kerajaan Persekutuan kekal dengan rancangan untuk membuka semula ekonomi dengan harapan varian baharu itu terbukti tidak berbahaya sebagaimana dilaporkan sebelum ini, namu beberapa kerajaan negeri dan wilayah mengambil tindakan memperketatkan semula kawalan sempadan domestik mereka.

Semalam, Australia melaporkan penularan pertama Omicron dalam komuniti di sebuah sekolah di Sydney dan pihak berkuasa kini sedang menyiasat sumber sambil menjangkakan lebih banyak kes akan dikesan.

Pihak berkuasa Queensland mengesyaki kes Omicron pertamanya membabitkan seorang pengembara dari Afrika Selatan dan penjujukan genom sedang dijalankan.

“Unit kesihatan awam telah menolak bahawa pengembara itu dijangkiti Delta tetapi kami belum dapat mengesahkan sama ada ia adalah Omicron,” Menteri Kesihatan negeri Yvette D’Ath.

Pihak berkuasa di Australia Selatan hari ini berkata semua ketibaan dari New South Wales, Victoria dan wilayah ibu kota wajib menjalani ujian saringan Covid-19.

Negeri itu membuka semula sempadan domestiknya hanya beberapa hari lalu untuk kali pertama dalam tempoh beberapa bulan.

Ribuan penunjuk perasaan membantah arahan vaksinasi di Melbourne, dengan demonstrasi kini menjadi acara mingguan yang telah menarik kumpulan rakyat biasa, serta penyokong teori konspirasi dan sayap kanan.

Negeri Victoria, yang menempatkan kota raya Melbourne, mensyaratkan vaksinasi lengkap untuk mengakses kebanyakan perkhidmatan hospitaliti dan runcit yang tidak penting, serta bekerja dalam sektor penjagaan kesihatan serta industri lain.

Hampir 88 peratus rakyat Australia berusia 16 tahun ke atas telah lengkap divaksinasi, menurut data kesihatan.

Jumlah pesakit Covid-19 yang tidak menerima vaksinasi pula lebih ramai dimasukkan ke hospital, dengan di Victoria sahaja 90 peratus daripada 44 individu yang dirawat di unit rawatan rapi adalah mereka yang tidak divaksinasi.

Setakat ini, Australia mencatat kes positif di bawah paras 215,000 dan 2,042 kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok