Omicron kini varian dominan: WHO

February 2, 2022 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sub-varian Omicron Covid-19 yang lebih pantas menular berbanding versi asal, kini dikesan di 57 negara.

Varian Omicron – pertama kali dikesan di selatan Afrika 10 minggu lalu – merebak pantas selain cepat bermutasi, juga telah menjadi varian dominan di seluruh dunia, kata WHO dalam laporan mingguan epidemiologinya, hari ini.

Menurut WHO, varian itu, yang merangkumi lebih 93 peratus daripada semua spesimen Covid-19 yang dikumpul bulan lalu, mempunyai beberapa sub-garis keturunan iaitu BA.1; BA.1.1; BA.2; dan BA.3.

BA.1 dan BA.1.1 – versi pertama dikenal pasti – masih menjadi penyumbang kepada 96 peratus daripada semua jujukan Omicron yang dimuat naik ke inisiatif sains global GISAID, lapor WHO.

Tetapi terdapat peningkatan yang jelas dalam kes yang melibatkan BA.2, yang mempunyai beberapa mutasi berbeza daripada versi asal – termasuk pada protein spike yang merupakan kunci untuk memasuki sel manusia.

Urutan BA.2 telah diserahkan kepada GISAID dari 57 negara setakat ini,” kata WHO, sambil menambah bahawa di sesetengah negara, sub-varian itu kini menyumbang lebih separuh daripada semua jujukan Omicron yang dikumpulkan.

Bagaimanapun, WHO mengakui masih sedikit yang diketahui berhubung perbezaan di antara sub-varian itu, dan menggesa dilakukan kajian mengenai ciri-cirinya, termasuk kadar kebolehjangkitan, selain keupayaannya mengelak imunisasi.

Beberapa kajian baru-baru ini telah membayangkan bahawa BA.2 lebih berjangkit daripada Omicron yang asal.

Maria Van Kerkhove, salah seorang pakar terkemuka WHO mengenai Covid-19 , memberitahu pemberita pada Selasa bahawa maklumat berkaitan subvarian adalah sangat terhad, tetapi beberapa data awal menunjukkan BA.2 meningkat sedikit dari segi kadar jangkitan, berbanding BA.1.

Omicron secara amnya diketahui menyebabkan jangkitan yang kurang teruk berbanding varian Covid-19 sebelumnya yang telah mencetuskan malapetaka, seperti varian Delta.

Van Kerkhove berkata setakat ini “tiada petunjuk bahawa terdapat perubahan dalam keterukan” disebabkan sub-varian BA.2.

Beliau menegaskan walau apa pun tekanannya, Covid-19 kekal sebagai penyakit berbahaya dan orang ramai harus berusaha untuk mengelak daripada dijangkiti.

“Orang ramai perlu sedar bahawa virus ini terus beredar dan ia terus berkembang. Adalah penting untuk kita mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan kita kepada virus ini,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok