Omicron: Indonesia sahkan kes Covid-19 kembali meningkat

January 25, 2022 · Dunia

Kerajaan Indonesia mengesahkan jangkitan Covid-19 di negara itu semakin meningkat didorong oleh penularan pantas varian Omicron dalam komuniti, ketika perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) di dua wilayah dilanjutkan sehingga 31 Januari ini.

“Kita kena berhati-hati. Kes Covid-19 telah meningkat, dan varian Omicron telah menjangkiti lebih ramai orang,” kata jurucakap kerajaan bagi Covid-19, Dr Reisa Broto Asmoro.

Sejak 15 Disember lalu hingga semalam, Indonesia merekodkan 1,161 kes positif varian Omicron, kebanyakannya melibatkan pengembara dari luar negara.

Beliau memberi contoh jangkitan mula meningkat apabila sebanyak 3,205 kes baharu dilaporkan pada 22 Januari dan 2,925 pada hari berikutnya – kedua-duanya lebih tinggi daripada keseluruhan jumlah kes yang dikesan sepanjang Disember tahun lalu.

Malah jika melihat semula penambahan kes dalam beberapa bulan kebelakangan ini, jumlah kes pada 22 Januari 2022, adalah peningkatan tertinggi dalam sehari sejak 18 September 2021, katanya.

“Sebelum ini, purata jangkitan harian yang disahkan di Indonesia sudah berada di bawah 300 kes, selepas gelombang varian Delta menurun,” kata Dr Reisa.

Sehubungan itu, beliau berkata usaha akan diteruskan bagi memperluaskan lagi ujian saringan, pengesanan dan rawatan (3T) bagi menangani pesakit Omicron tidak bergejala.

Beliau menjelaskan langkah memperluaskan 3T, terutamanya pengesanan, dilakukan kerana ramai individu dijangkiti varian Omicron tidak mengalami sebarang gejala, yang mengakibatkan mereka tidak melakukan ujian saringan.

Sementara itu, kerajaan Indonesia juga melanjutkan perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) di Jawa dan Bali sehingga 31 Januari ini susulan peningkatan jangkitan.

“Walaupun kes meningkat, kerajaan masih mampu mengawal varian Omicron. Peningkatan kes secara relatifnya terkawal,” kata Menteri Koordinator Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, serta Koordinator PPKM Jawa dan Bali, Luhut Binsar Pandjaitan.

Pandjaitan berkata jumlah kes harian yang disahkan dan aktif masih 90 peratus lebih rendah daripada kemuncak kes varian Delta.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu yakin dan mesti sentiasa berwaspada. Kuncinya ialah disiplin,” tambahnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok