Omicron: Indonesia larang pelancong Britain, Norway, Denmark masuk

December 21, 2021 · Dunia

Indonesia meletakkan Britain, Norway dan Denmark ke dalam senarai larangan perjalanan, sambil memberi alasan peningkatan jangkitan varian baharu Covid-19, Omicron, di ketiga-tiga negara berkenaan.

Bagaimanapun, pelancong dari Hong Kong dibenarkan masuk setelah wilayah China itu dikeluarkan daripada senarai larangan.

Dengan keputusan baharu itu, Indonesia kini mempunyai sejumlah 13 negara dalam senarai larangan perjalanan termasuk Afrika Selatan, Bostwana, Namibia, Zimbabwe, Lesotho, Mozambique, Eswatini, Malawi, Angola dan Zambia.

Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan memberitahu sidang media, kerajaan boleh menambah lebih banyak negara dalam senarai itu bergantung kepada perkembangan situasi di Indonesia.

“Kami terus memerhati keadaan dan kami melakukan penilaian mingguan. Kami masih tidak tahu tentang butiran varian Omicron, walaupun ramai penyelidik mendapati ia lebih mudah menular,” kata Pandjaitan.

Setakat Isnin, Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI) telah mengesahkan tiga kes varian Omicron.

“Kami menggesa orang ramai mengelak ke luar negara jika tiada tujuan penting,” kata Pandjaitan.

Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan sekatan ke atas aktiviti awam, yang dikenali sebagai perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM), di luar Jawa dan Bali dari Jumaat hingga 3 Januari 2022, kata seorang menteri kanan.

Langkah itu diambil berikutan mekanisme PPKM semasa cuti Krismas dan Tahun Baharu berdasarkan tahap penilaian pandemik, kata Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto.

Hartarto juga berkata jumlah kes harian di luar Jawa dan Bali sejak tujuh hari lalu telah menurun sebanyak 98.9 peratus dengan kadar kematian 3.12 peratus dan kadar pemulihan 96.71 peratus.

Jumlah kes Covid-19 di negara ini kini meningkat kepada 4,260,677, apabila 133 pesakit baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 216 pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 4,111,835, dan 11 orang lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kematian kepada 144,013. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok