Omicron: Indonesia ketat kemasukan, warta larangan terhadap 11 negara

November 29, 2021 · Dunia

Indonesia menambah empat lagi negara ke dalam senarai pengembara yang dilarang masuk ke negara itu, dalam usaha mengekang penularan varian baharu Covid-19, Omicron, dalam kalangan lebih 277 juta populasinya.

Empat negara terbabit ialah Angola, Hong Kong, Malawi, dan Zambia, yang telah mengesahkan mengesan penduduknya dijangkiti varian Omicron.

Sebelum ini, negara itu telah mengenakan sekatan kemasukan rakyat asing dari Afrika Selatan, Botswana, Namibia, Zimbabwe, Lesotho, Mozambique, dan Eswatini (Swaziland), yang masing-masing merekodkan kes Omicron.

Sehingga kini, belum pasti sama ada Indonesia akan mengenakan sekatan sama terhadap United Kingdom, Australia, Kanada dan beberapa negara Eropah, termasuk Belanda, yang turut merekodkan kes positif varian Omicron.

Bagaimanapun, kerajaan Indonesia masih membenarkan rakyatnya yang pernah mengunjungi negara terbabit untuk pulang, namun wajib menjalani kuarantin selama dua minggu, berbanding empat hari sebelum ini.

Manakala, semua ketibaan antarabangsa yang lain kini dikehendaki menjalani kuarantin selama tujuh hari selepas mendarat di Indonesia, berbanding tiga hari sebelum ini.

“Omicron telah merebak ke lebih banyak negara. Jadi untuk tindak balas terhadap perkembangan ini, hari ini kerajaan mahu melaksanakan dasar berkenaan,” kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan.

Menurutnya bilangan negara yang akan dikenakan sekatan sedemikian mungkin berkurangan atau bertambah berdasarkan hasil penilaian berkala kerajaan.

“Kami akan melihatnya dalam masa 14 hari. Tetapi kami akan terus menilai setiap hari. Disebabkan itu, sekali lagi saya ingin memaklumkan sama ada varian baharu ini, seperti yang dicadangkan oleh pakar, boleh membawa maut seperti varian lain atau lebih teruk daripada varian Delta. Ini adalah tanda tanya besar. Jadi kami tidak akan tergesa-gesa,” katanya.

Langkah terbaharu kerajaan itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada persatuan industri pelancongan, khususnya di Bali, yang mengeluarkan petisyen kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi), mendesak supaya tindakan itu dikaji semula.

Dalam surat terbuka kepada Jokowi mereka meminta kerajaan menyediakan kemudahan e-visa khas berbayar tanpa memerlukan pengembara melalui penjamin korporat atau mengenakan semula visa semasa ketibaan dan visa percuma, terutamanya kepada pengembara dari negara berisiko rendah.

Mereka juga mencadangkan warga asing yang lengkap divaksin dan menunjukkan bukti ujian PCR negatif dikecualikan daripada kuarantin, atau sekurang-kurangnya dibenarkan untuk kuarantin di pulau itu dan bukannya di dalam hotel.

Permintaan utama lain termasuk membenarkan penumpang transit di negara hab/transit meneruskan perjalanan ke Bali selepas selang maksimum 12 jam; menambah senarai negara yang layak melancong ke Indonesia; dan menurunkan perlindungan insurans minimum daripada AS$100,000 kepada AS$50,000. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok