Omicron dorong hari hitam Covid-19 di Australia

January 18, 2022 · Dunia

Australia mengalami ‘hari hitam’ dalam sejarah penularan Covid-19 apabila varian Omicron yang menular dengan pantas, terus melonjakkan kadar kemasukan ke hospital ke paras tertinggi, walaupun jangkitan harian turun sedikit.

Negara itu kini sedang berdepan penularan Covid-19 paling teruk, didorong oleh varian Omicron, menyebabkan lebih ramai pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) berbanding sebelum ini.

Sebanyak 74 kematian dicatatkan pada lewat pagi di New South Wales, Victoria dan Queensland, tiga negeri paling padat penduduk di Australia, melebihi paras tertinggi sebelumnya iaitu 57 pada Khamis lalu, menurut data rasmi.

“Hari ini, adalah hari yang sangat sukar untuk negeri kita,” kata Perdana Menteri New South Wales, Dominic Perrottet semasa taklimat media ketika negeri itu melaporkan 36 kematian.

Perrottet, yang secara konsisten menolak sebarang sekatan dilaksanakan susulan tahap vaksinasi yang tinggi bagaimanapun berkata, hospital masih mampu menampung peningkatan jumlah kemasukan.

“Walaupun berdepan cabaran, ia bukanlah sesuatu yang unik di sini berbanding di seluruh dunia,” katanya.

Di tengah peningkatan kemasukan ke hospital, Victoria hari ini mengisytiharkan kod warna perang di hospital, biasanya dikhaskan untuk kecemasan jangka pendek, yang akan memberi kuasa kepada hospital bagi membatalkan perkhidmatan kesihatan yang tidak mendesak dan membekukan cuti kakitangan.

Pihak berkuasa berkata golongan muda yang tidak divaksinasi menyumbang sejumlah besar kemasukan hospital di negara itu.

Walaupun Australia sedang berusaha untuk mengelak penutupan atau ‘lockdown’ dan memastikan perniagaan dibuka, keyakinan pengguna Australia merosot minggu lalu.

Tinjauan ANZ pada Selasa menunjukkan, lonjakan Omicron mencetuskan sekatan kendiri dan menyekat perbelanjaan.

Lebih 67,000 jangkitan baharu dilaporkan di New South Wales, Victoria, Queensland dan Tasmania, turun daripada paras tertinggi negara iaitu 150,000 pada Khamis lalu.

Australia telah melaporkan kira-kira 1.6 juta jangkitan sejak wabak itu bermula, di mana sekitar 1.3 juta adalah dalam dua minggu terakhir. Jumlah kematian berjumlah 2,757.

Sehingga kini, Australia mencatatkan kira-kira 1.6 juta jangkitan sejak pandemik Covid-19 bermula dengan kira-kira 1.3 juta kes direkodkan dalam tempoh dua minggu lalu. Jumlah kematian keseluruhan pula adalah 2,757 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok