Omicron: AS catat rekod tertinggi kemasukan ke hospital

January 11, 2022 · Dunia

Jumlah kemasukan ke hospital di Amerika Syarikat (AS) mencapai rekod tertinggi pada Isnin sebanyak 132,646 kes, melepasi catatan 132,051 pada Januari tahun lalu, di tengah-tengah lonjakan jangkitan varian Omicron yang pantas menjangkiti.

Menurut pengiraan Reuters kemasukan ke hospital telah melonjak secara berterusan sejak akhir Disember, meningkat dua kali ganda dalam tiga minggu lalu, setelah Omicron dengan pantas mengatasi Delta sebagai varian dominan virus Covid-19 di AS.

Delaware, Illinois, Maine, Maryland, Missouri, Ohio, Pennsylvania, Puerto Rico, Virgin Islands, Vermont, Virginia, Washington DC, dan Wisconsin melaporkan tahap rekod pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, menurut analisis Reuters.

Walaupun kemungkinan kurang teruk, pegawai kesihatan telah memberi amaran bahawa jumlah jangkitan yang disebabkan oleh varian Omicron boleh menjejaskan sistem hospital.

Mengikut laporan, beberapa hospital telah menangguhkan prosedur pembedahan elektif kerana mereka bergelut untuk menangani lonjakan pesakit Covid-19, di tengah-tengah masalah kekurangan kakitangan.

Ramai kakitangan hospital tidak hadir bertugas setelah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19, dan menjalani kuarantin di rumah.

Purata tujuh hari bagi kes baharu meningkat dua kali ganda dalam 10 hari terakhir kepada 704,000. AS pernah mempunyai purata lebih setengah juta kes selama enam hari berturut-turut, menurut pengiraan Reuters.

Washington DC, mendahului negeri lain dalam jangkitan baharu pada minggu lalu berdasarkan populasi penduduk, diikuti oleh Rhode Island, New York, New Jersey, Massachusetts dan Vermont.

Purata kematian adalah 1,700 sehari, meningkat daripada kira-kira 1,400 dalam beberapa hari kebelakangan ini. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok