Omicron: AS bakal batal sekatan perjalanan lapan negara Afrika

December 25, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) akan membatalkan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas lapan negara Afrika bulan lalu susulan penularan varian baharu Covid-19, Omicron, mulai 31 Disember ini, kata White House.

Warganegara asing yang dihalang daripada memasuki AS kerana mereka berada di salah satu daripada lapan negara terbabit dalam tempoh 14 hari sebelumnya akan dibenarkan sekali lagi menaiki penerbangan ke AS yang berlepas pada jam 12:01 pagi 31 Disember ini, kata seorang pegawai kanan, mengesahkan laporan Reuters.

29 November lalu, AS menyekat hampir semua warga asing yang baru-baru ini berada di Afrika Selatan, Botswana, Zimbabwe, Namibia, Lesotho, Eswatini, Mozambique dan Malawi, dalam langkah berhati-hati yang diambil bagi menghalang penularan varian yang dikesan di Afrika Selatan.

Jurucakap White House, Kevin Munoz menulis tweet bahawa Biden akan menarik balik sekatan perjalanan sementara di negara-negara selatan Afrika berkuat kuasa 31 Disember ini.

Beliau berkata keputusan itu disyorkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

“Sekatan itu memberi kami masa untuk memahami Omicron dan kami tahu vaksin kami yang sedia ada berfungsi melawan Omicron,” kata Munoz.

Reuters sebelum ini melaporkan CDC mencadangkan supaya sekatan perjalanan ditarik balik kerana mengekalkannya tidak akan memberi kesan yang ketara kepada kes di AS memandangkan penularan semasa yang meluas, keyakinan bahawa vaksin khusus Omicron tidak diperlukan dan vaksin sedia ada serta suntikan penggalak adalah sangat berkesan.

“Sekatan perjalanan itu telah memenuhi tujuannya. Ia membeli masa untuk memahami sains, ia memberi masa untuk menganalisis varian,” pegawai itu, yang tidak mahu dikenali kerana keputusan itu belum diumumkan kepada awam.

“Ini bukan bermakna untuk menghalang Omicron keluar. Kami tahu kami tidak boleh berbuat demikian. Intinya adalah untuk mengurangkan bilangan kes yang masuk – pada hari dan minggu awal itu.

“Sekatan itu tidak menghalang penerbangan atau orang Amerika daripada pulang dari selatan Afrika,” katanya.

Pegawai itu menekankan sekatan yang dikenakan sebelum ini adalah langkah sementara dan ia ditarik balik setelah kira-kira sebulan.

Berikutan penularan Omicron, AS mengetatkan peraturan ujian untuk pelancong antarabangsa dan melanjutkan syarat memakai pelitup muka di dalam pesawat dan di lapangan terbang hingga 18 Mac. – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok