Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver

February 14, 2022 · Dunia

Satu kejadian ombak besar yang menakutkan setinggi 58 kaki atau 17.6 meter dicatat di luar pantai Pulau Vancouver, British Columbia, sekali gus memecah rekod tiga kali ganda saiz ombak di sekelilingnya.

“Hanya beberapa ombak ganas di laut lepas telah diperhatikan secara langsung, dan tiada yang sebesar ini.

“Kebarangkalian kejadian sedemikian berlaku adalah satu dalam tempoh 1,300 tahun,” kata salah seorang penyelidik utama mengenai ombak ganas Universiti Victoria, Johannes Gemmrich.

Gelombang itu mendapat perhatian komuniti saintifik kerana ia adalah ombak paling ganas pernah direkodkan. Walaupun berlaku pada November 2020, kajian mengenainya hanya disahkan pada 2 Februari tahun ini.

“Ia kelihatan seperti ketulan besar empat tingkat yang menonjol keluar dari air dengan puncak yang besar dan lekukkan besar di hadapannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MarineLabs, Scott Beatty, syarikat yang mengendalikan boya atau pelampung pengukur ombak.

Dalam beberapa dekad yang lalu, apa yang dahulunya dikenali sebagai cerita rakyat kini telah diterima sebagai nyata oleh saintis.

Bagaimanapun, laporan lain menyatakan ombak terbesar pernah dicatat di laut berhampiran New Zealand pada pada 2018 lalu, setinggi 23.8 meter (78 kaki).

Pelampung merekodkan ombak setinggi lapan tingkat itu berlaku ketika ribut ganas di Lautan Selatan yang terkenal liar, berhampiran Pulau Campbell, kira-kira 700 kilometer (430 batu) di selatan New Zealand, kata badan penyelidikan MetOcean Solutions.

“Ombak ribut ganas adalah dua atau tiga kali ganda daripada kekuatan ombak di sekelilingnya, dan tidak dapat diramalkan, selain muncul tanpa dijangka dari arah yang berbeza daripada arah tiupan angin,” kata Persatuan Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Sebelum ini, ombak besar dan ganas pertama direkodkan dikenali sebagai ‘The Draupner Wave’ diukur pada tahun 1995 di luar pantai Norway setinggi 84 kaki atau 25.6 meter dengan ombak di sekelilingnya kira-kira 40 kaki (12 meter).

Ombak ganas terbaharu dikesan November 2020 lalu diukur melalui pelampung MarineLabs kira-kira 4.3 batu (7 kilometer) di luar pantai Ucluelet, British Columbia.

“Kami adalah syarikat perisikan masa nyata, dan kami menyediakan kemas kini masa nyata tentang perkara yang berlaku di sepanjang pantai, termasuk angin, ombak dan data lain,” jelas Beatty.

Syarikat itu menghasilkan simulasi video pelampung sekitar masa gelombang itu datang, menunjukkan ombak ganas, besar dan tinggi itu berbanding dengan ombak sekeliling yang lebih kecil. – Agensi

Gambar daripada simulasi ombak setinggi empat tingkat yang dilaporkan berlaku di British Columbia pada November 2020 disediakan MarineLabs.

Berita berkaitan
Amaran angin kencang, ombak kategori tiga di beberapa negeri
December 26, 2022· Isu semasa
Sebelas lemas diheret ombak
February 13, 2022· Dunia
Keganasan di Kazakhstan cubaan rampasan kuasa, kata Presiden
January 11, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok