OIC kutuk perayaan Yahudi disertai Presiden Israel di Masjid Ibrahimi

November 29, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan Presiden Israel, Isaac Herzog yang melawat dan menyambut perayaan Yahudi di Masjid Ibrahimi di bandar Hebron di Tebing Barat, hari ini.

Herzog yang dikawal pasukan tentera dan polis rejim Zionis Israel serta puak Yahudi memasuki kawasan masjid itu, bagi menyambut Hanukkah, perayaan yang menyalakan lilin.

Dalam kenyataannya, OIC yang berpangkalan di Jeddah mengecam dan mengutuk tindakan itu selain menyifatkannya sebagai provokasi bagi mencetuskan sentimen umat Islam serta menunjukkan pelanggaran rejim Israel terhadap hak asasi, tanah dan tapak suci penduduk Palestin.

Tindakan Presiden Israel itu juga dilihat sebagai usaha untuk menjadikan Masjid Ibrahimi sebagai tempat Yahudi selain mengukuhkan cengkaman rejim pengganas Israel di wilayah diduduki secara haram itu.

OIC juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan segera bagi melindungi tanah suci dan tapak bersejarah di Palestin, serta mendesak pasukan keselamatan Israel menghormati tanah suci umat Islam.

Pada Ahad, Pengarah Masjid Ibrahimi, Sheikh Hefthi Abu Senin memberitahu rejim Zionis itu menutup masjid berkenaan dan menghalang umat Islam Palestin mendekati kawasan itu.

Selepas pembunuhan beramai-ramai pada 1994 yang membabitkan 29 warga Palestin di dalam masjid berkenaan oleh ekstremis Yahudi Baruch Goldstein, rejim Israel membahagikan kompleks masjid itu kepada dua bahagian Muslim dan Yahudi.

Pada Julai 2017, Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyenaraikan Masjid Ibrahimi sebagai Tapak Warisan Dunia. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok