Obor Olimpik dinyalakan, Korea Utara uji peluru berpandu balistik

March 25, 2021 · Dunia

Hanya empat hari selepas menguji peluru berpandunya, Korea Utara hari ini menguji pula dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Jepun, tatkala obor sukan Olimpik Tokyo dinyalakan, lapor tentera Korea Selatan.

Peluru berpandu itu ditembak dari bandar Hamju di wilayah Hamgyong awal pagi tadi, lapor agensi berita Yonhap.

Bahagian perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) yang menganalisis projektil itu secara terperinci, menimbang kemungkinan bahawa ianya adalah peluru berpandu balistik jarak dekat.

Tentera Korea Selatan pula mendakwa Korea Utara menembak dua peluru berpandu di pesisir pantai di barat negara itu pada Ahad lalu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak melarang Korea Utara menguji peluru berpandu cruise, tetapi ujian peluru berpandu balistik adalah melanggar resolusi pertubuhan itu.

Pejabat presiden Korea Selatan memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara bagi membincangkan tindakan Korea Utara itu, sementara tentera AS menyifatkannya sebagai satu ancaman di wilayah berkenaan.

Kegiatan itu menyoroti ancaman yang ditimbulkan oleh program senjata haram Korea Utara kepada jiran-jirannya dan masyarakat antarabangsa. AS tetap beriltizam untuk mempertahankan Korea Selatan,” kata jurucakap tentera AS, Kolonel Lee Peters.

Tindakan terbaharu Pyongyang itu dibuat ketika pentadbiran Presiden AS, Joe Biden menkaji dasar terhadap Korea Utara, susulan lawatan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dan Setiausaha Negara, Anthony Blinken ke Seoul.

Sementara itu, Jepun mendakwa peluru berpandu balistik itu terbang 450 kilometer dan mendarat di luar Zon Ekonomi Eksklusifnya, serentak dengan api sukan Olimpik dinyalakan di Tokyo hari ini.

Berita berkaitan
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023· Dunia
Malaysia akan permudahkan proses perniagaan untuk tarik pelabur berkualiti: Tengku Zafrul
March 15, 2023· Isu semasa
Jatuh bagai domino, mayat segenap penjuru: Saksi Pesta Halloween
October 30, 2022· Dunia
Korea Selatan isytihar berkabung selepas 151 maut dalam rempuhan
October 30, 2022· Dunia
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok