NZ longgarkan sekatan Covid-19 secara berperingkat

October 28, 2021 · Dunia

New Zealand hari ini memaklumkan rancangan membuka semula sempadannya secara berperingkat kepada rakyatnya yang terkandas di luar negara setelah hampir dua tahun menghadapi sekatan perjalanan ketika pandemik Covid-19 menular ke seluruh dunia.

Menteri Penyelaras Covid-19, Chris Hipkins memberitahu ketibaan pelawat dari negara di pulau Pasifik itu akan diberikan arahan perjalanan bebas tanpa kuarantin mulai bulan depan dan negara berisiko rendah lain akan dipertimbangkan untuk ke New Zealand mulai awal tahun depan.

Jelasnya, tempoh kuarantin selama 14 hari yang dikenakan sebelum ini akan dikurangkan kepada tujuh hari mulai awal November ini dan akan diberikan kebenaran untuk pengasingan kendiri di rumah.

Sebelum ini, penutupan sempadan di negara itu menjadi salah satu benteng untuk menghalang penularan Covid-19, namun varian Delta sudah menyebabkan penularan virus itu ke seluruh bandar Auckland sehingga tercetusnya banyak jangkitan baharu.

“Apabila sekatan sempadan dibuka semula, kami juga turut menyedari tekanan itu apabila peningkatan penduduk New Zealand sama ada dari tempatan dan dari luar akan memasuki negara ini untuk bertemu dengan orang tersayang,” jelasnya.

Sebelum ini, New Zealand hanya merekodkan 28 kematian dari lima juta populasinya dan hanya lebih 5,900 kes jangkitan akibat Covid-19 serta penduduk di negara itu sudah menikmati kehidupan normal seperti sedia kala.

Namun, setelah kelonggaran sempadan diumumkan negara itu, lebih puluhan ribu rakyat New Zealand yang tinggal di luar negara sudah mula menempah hampir 4,000 bilik kuarantin.

Jelas Hipkins, apabila kadar vaksinasi lengkap di negara itu mencapai 90 peratus, pihaknya akan mula mengarahkan pengasingan kendiri di rumah bermula awal bulan tahun depan.

Beliau memaklumkan, tiada keputusan muktamad untuk menentukan sama ada hanya warga New Zealand atau bukan warganegara yang dibenarkan untuk melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Jurucakap Pembangkang Covid-19, Chris Bishop tidak bersetuju dengan rancangan tersebut dan mengatakan ketibaan pelawat yang divaksin lengkap dari negara berisiko rendah tidak perlu menjalani kuarantin.

“Sudah tiba masanya kita membuka semula pintu masuk negara kita kepada dunia,” katanya.

Selain itu, Hipkins turut tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai pembukaan semula sempadan dengan Australia kerana sejak ia membuka pintu masuk pada April lalu, terdapat banyak gangguan dan jangkitan baharu, sehingga terpaksa menutup semula sempadan bermula Jun lalu bagi mengelakkan penularan pelbagai virus ke negara itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok