New Zealand tak tumpu sifar kes, sedia hidup bersama virus

October 4, 2021 · Dunia

New Zealand mengetepikan strategi menghapuskan Covid-19, sebaliknya kini melonggarkan beberapa sekatan di bandar terbesarnya , Auckland, untuk bersedia hidup bersama virus itu sambil mengawal penularannya.

Negara Pasifik itu adalah antara segelintir kerajaan yang berusaha menjadikan sifar kes Covid-19 sejak tahun lalu, namun kemunculan varian Delta yang pantas berjangkit pada pertengahan Ogos lalu menggagalkan usaha untuk menghentikan penularan wabak itu.

“Dengan Delta dan penularannya, susah untuk kembali menjadi sifar. Ini adalah perubahan pendekatan yang selalu kita lakukan dari semasa ke semasa.

“Penularan varian delta mempercepat peralihan ini. Vaksin akan menyokong rancangan hidup bersama virus,” kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Hari ini, pihak berkuasa kesihatan negara itu melaporkan 29 jangkitan baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan wabak sekarang kepada 1,357 kes. Sebilangan besar kes berlaku di Auckland, yang dikenakan ‘lockdown’ sejak hampir 50 hari lalu.

Di tengah tekanan yang semakin meningkat, Ardern mengatakan strateginya tidak pernah menyasarkan sifar kes, tetapi berusaha secara agresif membasmi virus.

Menurutnya, perintah sekatan ketat itu akan ditarik balik apabila 90 peratus populasi yang layak telah lengkap divaksinasi.

“Sudah jelas bahawa sekatan ketat yang panjang tidak membawa kita kepada sifar kes. Tetapi tidak mengapa … usaha menghapuskan virus penting kerana (ketika itu) kita tidak mempunyai vaksinasi.

“Sekarang kita lakukan vaksinasi. Jadi kita boleh mula mengubah cara kita melakukan sesuatu terhadap virus ini, ”katanya.

Mulai Rabu, penduduk di Auckland dibenar keluar bertemu rakan di luar rumah dengan kapasiti 10 individu.

Pendidikan awal kanak-kanak akan dibuka semula, manakal orang ramai bebas untuk bereakreasi, namun sektor peruncitan, perhotelan dan pejabat masih ditutup.

Ardern berkata baki larangan di Auckland akan dikurangkan secara berperingkat. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022
Bekas pegawai polis Malaysia menang kerusi Parlimen di Australia
May 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
11 jam lalu · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
11 jam lalu · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Trafik penumpang SIA cecah 2 juta kali pertama sejak wabak Covid
August 15, 2022 · Dunia
Baht Thailand melantun pantas disokong sektor pelancongan
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok