New Zealand pertingkat vaksinasi, persediaan hidup dengan Covid-19

October 17, 2021 · Dunia

Kerajaan New Zealand berusaha meningkatkan kadar vaksinasi di negara itu untuk kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala dengan strategi untuk hidup bersama Covid-19.

Semalam, hampir 2.5 peratus dari rakyat New Zealand sudah divaksin dengan hampir 124,699 dos suntikan sudah diberikan kepada negara yang memiliki populasi lebih dari 4.9 juta itu.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern menyeru seluruh rakyatnya untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan kadar segera.

Sebelum ini, New Zealand diisytiharkan bebas virus Covid-19, namun pada pertengahan Ogos lalu, varian Delta mula menular ke negara itu.

Kini, kerajaan New Zealand berharap untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dengan strategi hidup bersama virus tersebut, di samping usaha untuk meningkatkan pemberian kadar vaksinasi Covid-19 kepada seluruh penduduknya.

Semalam, lebih 41 kes baharu dilaporkan dan 40 daripadanya direkodkan di bandar terbesar di New Zealand, iaitu Auckland.

Sejak pertengahan Ogos lalu, Auckland dikenakan perintah sekatan dan penutupan bagi mencegah penularan varian Delta yang semakin merebak ke seluruh negara itu.

Pada Jumaat lalu, lebih 62 peratus dari populasi di New Zealand sudah lengkap divaksin dua dos dan 83 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok