New Zealand letak syarat ‘tidak divaksin, tidak boleh kerja’

October 11, 2021 · Dunia

New Zealand hari ini mengumumkan syarat baharu ‘tidak suntik vaksin, tidak boleh kerja’ kepada semua guru dan petugas kesihatan di seluruh negara itu.

Langkah itu diambil sebagai salah satu cadangan berterusan untuk mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.

Menteri Tindakan Khas Covid-19, Chris Hipkins yang juga Menteri Pendidikan berkata pihak kerajaan sedang berusaha mengawal penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan mengambil mudah untuk melaksanakannya.

“Semua perlu mendapatkan vaksin tanpa alasan, maka polisi ini perlu diikut. Jika membantah, anda perlu menanggung sendiri akibatnya sekiranya terjadi apa-apa,” jelasnya.

Pengumuman ini dibuat ketika New Zealand dalam usaha memerangi wabak varian Delta yang semakin menular di kota terbesarnya, Auckland.

Perdana Menterinya, Jacinda Ardern memaklumkan Auckland akan tetap berada dalam penutupan bagi tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

“Khamis ini, semua sekatan di wilayah berdekatan Waikato dan Northland akan ditamatkan penutupan jika tiada penyebaran baharu di tempat-tempat tersebut.”

Bermula 1 Disember ini, semua doktor, jururawat, ahli farmasi dan petugas kesihatan lain diwajibkan mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Manakala, bagi semua guru dan kakitangan sekolah juga perlu melengkapkan suntikan vaksin menjelang 1 Januari tahun hadapan.

Selain itu, semua sekolah rendah perlu menyimpan data pendaftaran status vaksinasi pelajarnya.

Hipkins berkata vaksinasi masih menjadi kaedah paling berkesan untuk melindungi rakyatnya daripada jangkitan virus ini.

Minggu depan, kerajaan merancang program vaksinasi “Super Saturday”, yang diselarikan dengan Hari Pengundian, dengan semua pusat-pusat vaksinasi akan dibuka sepanjang hari sehingga malam.

Sehingga kini, terdapat lebih 68 peratus rakyat New Zealand menerima satu dos vaksin dan 47 peratus lengkap divaksin, kesemua mereka yang divaksin berumur 12 tahun ke atas dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat kepada 82 peratus dan 57 peratus.

Semalam, New Zealand melaporkan 35 kes baharu Covid-19 dan tiada kematian direkodkan, menjadikan angka jangkitan di negara itu masih di tahap terendah berbanding negara dunia lain dengan 4,659 kes dan 28 kematian direkodkan sejak Mac tahun lalu.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022
Bekas pegawai polis Malaysia menang kerusi Parlimen di Australia
May 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
13 jam lalu · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
13 jam lalu · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Trafik penumpang SIA cecah 2 juta kali pertama sejak wabak Covid
August 15, 2022 · Dunia
Baht Thailand melantun pantas disokong sektor pelancongan
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok