New Zealand kenakan sekatan baharu, tarif ke atas import Rusia

April 6, 2022 · Dunia

Rusia terus berdepan tekanan antarabangsa, terbaharu kerajaan New Zealand juga mengumumkan tindakan tegas terhadap negara yang sedang berkonflik dengan Ukraine itu.

Kerajaan New Zealand mengambil langkah mengenakan tarif 35 peratus ke atas semua import dari Rusia dan akan melanjutkan larangan eksport sedia ada kepada produk perindustrian yang berkait rapat dengan industri strategik Rusia.

Dalam satu kenyataan Kementerian Luar New Zealand, langkah itu diambil susulan laporan kekejaman yang dilakukan tentera Rusia terhadap orang awam di sebuah daerah Ukraine menerusi laporan media.

“Imej dan laporan yang timbul mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap orang awam di Bucha dan wilayah lain di Ukraine adalah menjijikkan dan tercela. New Zealand mengambil keputusan dengan membalas tindakan tidak masuk akal yang dilakukan oleh Putin,” kata Menteri Luar Nanaia Mahuta dalam satu kenyataan.

Beliau berkata New Zealand juga bakal melaksanakan langkah selanjutnya di bawah Akta Sekatan Rusia untuk menyokong Ukraine.

Tarif dan sekatan baharu akan berkuat kuasa mulai 25 April.

Berita berkaitan
Sekat media kritik kerajaan, Sanusi kata tindakan bacul
October 21, 2023· Politik
3,997 laman sesawang langgar undang-undang sudah disekat SKMM
October 10, 2023· Isu semasa
Tokoh wartawan kanan zahir kebimbangan SKMM digunakan untuk sekat berita
August 30, 2023· Isu semasa
TV Pertiwi akan diambil tindakan selepas keluar kenyataan: SKMM
August 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok