New Zealand kekal tutup pintu kepada rakyat asing hingga Oktober

February 3, 2022 · Dunia

New Zealand tidak akan membuka sepenuhnya sempadan negara itu sehingga Oktober, tatkala Wellington melonggarkan beberapa sekatan Covid-19 yang paling ketat di dunia, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Khamis (3 Februari 2022).

Ardern mengumumkan rancangan lima langkah untuk menyambung semula hubungan New Zealand ke seluruh dunia, bermula dengan mengetepikan keperluan kuarantin hotel untuk rakyatnya yang terkandas di luar negara akibat pandemik itu.

Menurutnya warga New Zealand di Australia dibenarkan kembali dan menjalani pengasingan berbanding dikuarantin mulai 27 Februari, diikuti dua minggu kemudian oleh rakyatnya yang berada di seluruh dunia.

Perintah kuarantin kemudian akan dilonggarkan secara progresif untuk membolehkan kumpulan lain seperti pekerja asing mahir, pelajar antarabangsa, warga Australia dan semua warga asing yang telah lengkap divaksinasi, memasuki negara itu.

“Sudah tiba masanya untuk bergerak semula,” kata Ardern, hampir dua tahun selepas menutup negara Pasifik Selatan itu kepada dunia luar dalam usaha memerangi Covid-19.

“Keluarga dan rakan perlu bersatu semula, perniagaan kami memerlukan kemahiran untuk berkembang, pengeksport perlu melakukan perjalananuntuk mengadakan hubungan baharu.”

Di bawah sistem baharu itu, individu terbabit akan mengasingkan diri selama 10 hari, dan bukannya menjalani kuarantin 10 hari yang dipantau oleh anggota tentera New Zealand.

Hanya 800 bilik sebulan tersedia di bawah sistem kuarantin semasa, dengan permintaan biasanya melebihi penawaran 10 kali ganda.

New Zealand pada mulanya merancang untuk mula melonggarkan kawalan sempadan bulan lalu dan dibuka semula sepenuhnya pada April tetapi menangguhkan langkah itu apabila varian Omicron muncul.

Ardern berkata kadar vaksinasi yang tinggi di New Zealand – hampir 95 peratus daripada penduduk menerima dua suntikan vaksin, dengan satu pertiga juga menerima penggalak – bermakna perubahan kini boleh dilakukan.

Sistem kuarantin tidak akan dimansuhkan sepenuhnya kerana ia masih diperlukan untuk menampung ketibaan antarabangsa yang tidak divaksin. – Agensi

Berita berkaitan
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
5 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok