New Zealand akan laksana perintah berkurung di wilayah utara

November 2, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa di utara New Zealand hari ini memutuskan untuk mengenakan perintah berkurung dengan kawalan pihak polis, apabila sekatan di wilayah itu mula dikuatkuasakan susulan penularan kes Covid-19 yang tidak dapat dikesan penyebarannya.

Sebahagian daripada wilayah Northland yang terletak kira-kira 270 kilometer dari bandar raya Auckland akan melaksanakan perintah berkurung pada tahap tiga dalam tempoh terdekat ini.

Tindakan tersebit diambil susulan dua kes jangkitan yang dikesan di wilayah tersebut dan tidak dapat dikenal pasti dengan mana-mana kes jangkitan melibatkan kes tempatan atau import.

Menurut Menteri Penyelaras Tindakan Covid-19, Chris Hipkins memaklumkan pihak berkuasa kesihatan masih menyiasat asal usul kes jangkitan itu.

“Kemungkinan berlakukanya penularan kes jangkitan yang tidak dapat dikesan di wilayah tersebut,” jelasnya.

Dengan itu, kabinet New Zealand semalam sudah mengambil keputusan untuk mengenakan perintah berkurung di kawasan tersebut yang merekodkan kadar vaksinasi paling rendah di seluruh negara itu.

Sehingga kini, hanya 64 peratus populasi penduduk di wilayah itu sudah divaksin lengkap.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok