New South Wales ditutup susulan penularan varian Delta

July 27, 2021 · Dunia

Kerajaan di wilayah utara Australia telah mengisytiharkan seluruh wilayah New South Wales (NSW) sebagai titik panas Covid-19, dan mengeluarkan Victoria dan Australia Selatan daripada senarai panas, mulai tengah malam ini.

Mana-mana individu yang tiba di wilayah utara dari mana-mana tempat di NSW selepas jam 5 petang hari ini akan diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Lebih 30 kerajaan tempatan di Sydney dan sekitarnya diisytiharkan sebagai titik panas Covid-19 susulan penularan varian Delta sejak Jun lalu, sekali gun meletakkan wilayah utara Australia dalam larangan perjalanan.

Ketua Menteri NSW Gladys Berejiklian hari ini melaporkan rekod harian tertinggi jangkitan Covid-19 tahun ini sebanyak 172 kes sekali gus meningkat angka keseluruhan kepada 2,400 kes disebabkan varian Delta.

Dalam kenyataannya Ketua Pengarah Kesihatan bagi wilayah utara Australia Dr Hugh Heggie berkata varian Delta Covid-19 telah terbukti lebih menular khususnya ke wilayah NSW melalui pergerakan pekerja sektor penting atau pelanggaran sekatan kuarantin serta perintah penutupan.

“Kami bersikap terbuka dalam menyatakan wilayah New South Wales sebagai titik panas kerana kami tidak tahu di mana kes Covid-19 mungkin berlaku dan akan menimbulkan risiko untuk kesihatan dan keselamatan wilayah,” katanya.

Beliau berkata faktor lain yang menyebabkan perisytiharan titik panas itu disebabkan jumlah penduduk NSW yang belum divaksin.

Sementara itu, perisytiharan titik panas di wilayah Victoria yang turut menempatkan Melbourne dan Geelong, selain Adelaide, dibatalkan mulai tengah malam ini.

Individu yang sekarang ini menjalani kuarantin wajib setelah mereka melakukan perjalanan di wilayah itu akan dibenarkan pulang.

Perisytiharan itu dimansuhkan setelah perintah sekatan dan penutupan di Melbourne dan Adelaide ditarik balik, di mana Dr Heggie berkata wilayah itu berjaya mengekang penularan wabak Covid-19.

“Victoria secara umumnya telah mampu mengawal penularan Covid-19 dan kes yang ada sekarang hanya membabitkan individu yang menjalani kuarantin,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok