Nelayan Taiwan tangkap jerung spesis jarang ditemui

July 19, 2022 · Dunia

Jerung enam insang hidung tumpul (bluntnose sixgill shark) yang jarang ditemui, spesies yang dipercayai telah berada di Bumi sebelum kewujudan dinosaur, ditangkap nelayan Taiwan dari daerah Taitung pada Ahad.

Jerung itu adalah spesis yang jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman 200-1,000 meter di bawah paras laut, pembantu penyelidik di Pusat Biologi Marin Pantai Timur Institut Penyelidikan Perikanan, Wu Jui-hsien memberitahu Agensi Berita Central (CNA), lapor Bernama.

Meskipun kebanyakan spesies jerung moden telah berevolusi dan memiliki lima insang, jerung bluntnose masih mempunyai enam insang seperti nenek moyang mereka, jelas Wu.

Menurut Wu, ikan seberat 420 kilogram itu ditangkap di Lautan Pasifik oleh bot nelayan yang berpangkalan di Taitung dan dibawa ke pelabuhan di daerah timur Taiwan, Xingang.

Hasil tangkapan berukuran kira-kira 395 sentimeter panjang itu akan dilelong pada Isnin.

Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), jerung bluntnose disenaraikan sebagai “hampir terancam” kerana jangka hayatnya yang panjang yang menjadikanya buruan serta terdedah kepada eksploitasi.

Berdasarkan maklumat yang disiarkan di laman web Muzium Florida, jerung bluntnose hampir menyerupai fosil berusia kira-kira 200 juta tahun dahulu.

Berita berkaitan
Terdesak: Klip video bukan himpunan PH, tapi calon Presiden Taiwan
November 17, 2022· Politik
Gempa bumi Taiwan, amaran tsunami tidak libatkan Malaysia
September 18, 2022· Isu semasa
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022· Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok