NATO sedia kerah tentera jika Russia ceroboh Ukraine

April 3, 2021 · Dunia

Russia memberi amaran kepada NATO agar tidak mengerahkan tentera ke Ukraine, sambil mengatakan langkah itu akan meningkatkan ketegangan di sekitar perbatasannya, di tengah-tengah kebimbangan baharu mengenai konflik yang sedang berlaku di wilayah itu.

Kenyataan Moscow itu dibuat setelah NATO menyuarakan kebimbangan selepas Russia menempatkan sejumlah besar tenteranya di kawasan berhampiran timur Ukraine.

Amerika Syarikat (AS) pula berjanji akan memberi sokongan kepada Ukraine jika Russia bertindak agresif. Russia sebelumnya mengatakan peningkatan konflik di wilayah Donbass boleh menghancurkan Ukraine.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu wartawan, situasi di timur Ukraine membimbangkan akibat provokasi dan pertembungan antara tentera Ukraine dan kumpulan pemisah yang disokong Russia.

Sambil menegaskan Russia tidak mengancam Ukraine, Peskov berkata, Moscow akan bertindak balas jika NATO mengerahkan tentera ke negara itu.

“Tidak ada keraguan bahawa senario seperti ini akan menyebabkan peningkatan ketegangan berhampiran sempadan Russia. Sudah tentu, ini memerlukan langkah tambahan daripada pihak Russia untuk menjamin keamanan wilayahnya, ā€¯katanya, tanpa menyatakan langkah apa yang akan diambil.

Ukraine memerangi kumpulan pemisah pro Russia di wilayah Donetsk dan Lugansk sejak 2014, susulan pencerobohan Russia ke atas Semenanjung Crimease telah pemberontakan yang menggulingkan Presiden yang disokong Kremlin, Viktor Yanukovych.

Kenyataan Peskov juga dibuat setelah AS memberi amaran kepada Russia supaya tidak menakut-nakutkan Ukraine. Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dan Setiausaha Negara Antony Blinken memanggil rakan sejawat mereka dari Ukraine bagi menyatakan sokongan.

Jabatan Pertahanan AS awal minggu ini memberitahu, pasukan tenteranya di Eropah telah diletakkan dalam status berjaga-jaga berikutan meningkatnya pencerobohan Russia di timur Ukraine baru-baru ini. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?
October 5, 2023· Politik
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok